Artis / Selebriti
” Elok lah, berapa lama nak gaduh-gaduh kan. Air dicincang takkan putus.. ” – Komen Netizen
Video Ibu Shila Hamzah, Fauziah Sarman Menghadiri Majlis Aqiqah Anak Kedua Shila Amzah, Rhea Akira. Alhamdulillah, Kasih Ibu Dan Anak Kembali Bertaut. Part Yang Gambar Mamazie Dengan Rhea Tu Tersentuh Tengok. Akhirnya Ada Gambar Nenek Dengan Cucu !!
Hampir setahun hubungan antara Shila Amzah dan ibunya, Fauziah Sarman serta adiknya, Syada Amzah dingin gara-gara salah faham yang terjadi antara mereka. Pada bulan Oktober tahun lalu, hangat diperkatakan isu rumah banglo Shila yang menjadi punca hubungan anak dan ibu ini berentakan.
Namun baru-baru ini ketika hari ulangtahun kelahiran Shila, Fauziah atau lebih dikenali sebagai Mamazie ada memuatnaik satu posting ucapan khas untuk Shila. Syada juga turut meluahkan rasa rindunya terhadap kakaknya itu dalam satu temubual bersama wartawan baru-baru ini.
Terbaru, Mamazie telah pun memuatnaik beberapa keping gambar yang memaparkan Mamazie menghadiri majlis aqiqah anak kedua Shila, Rhea Akira. Menerusi akaun Instagram Ohbulan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan mereka bersama di atas pelamin mini majlis aqiqah Rhea.

Video ini diambil di Insta Story milik Mamazie. Ini memberi gambaran kepada warganet yang hubungan antara mereka berdua sudah pun kembali pulih dan berbaik semula. Ianya sesuatu yang dinanti-nantikan oleh ramai terutamanya peminat Shila untuk melihat hubungan Shila dan ibu tersayang kembali akrab seperti dahulu.
Ikuti perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Elok lah, berapa lama nak gaduh-gaduh kan. Air dicincang takkan putus.. Alhamdulillah akhirnya semua kembali bersama semula.. “
” Alhamdulillah, semuga silaturrahim antara ahli keluarga berkekalan.. air dicincang takkan putus.. “
” Alhamdulillah itulah yang sepatutnya. Kehadiran cahaya mata pengikat kasih. Moga ikatan kekeluargaan baik berpanjangan.. “
” Alhamdulillah, apepun yang terjadi, air yang dicincang takkan putus.. Hidup ni sementara, jaga silaturahim dgn keluarga.. “
” Syukur Alhamdulillah bersatu kembali keluarga Shila. comel sangat baby Akira.. semoga bahagia sampai ke jannah.. “
” Alhamdulillah, bagus ini yang terbaik.. Mak shila blh tngk perubahan yg positive yg berlaku dlm hidup shila lepas kehadiran ubai anak shilla yg dulu malu” speech delay skrng lancar bercakap x malu” lagi.. “

Betul lah kata pepatah, air yang dicincang tidak akan putus. Begitu juga lah dengan hubungan ibu dan anak serta antara adik beradik. Sekuat mana pun dugaan yang menimpa, pasti akhirnya akan kembali bersatu. Sejauh mana kita pergi, keluarga pastinya akan sentiasa ada di sisi.

Wajah kegembiraan dapat dilihat dari raut wajah Mamazie, Shila, Syada dan Syahir. Mereka yang pernah berjauhan dulu kini sudah kembali bersama. Semoga hubungan anak dan ibu ini sentiasa dalam rahmat Allah, dijauhi daripada sebarang fitnah dan hasad dengki serta berbahagia selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohbulan, IGs Fauziah Sarman
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Tahniah Sally, putih melepak betul baby.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada plot twist rupanya, baru nak sebak tengok mula-mula tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Suruh basuh dulu baju sebelum pakai walaupun tu baju Jayden. Anak yang bijak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti1 day ago” Ni baru boleh cakap cantik. Makeup nipis tapi menyerlah. Muka dia klasik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago” Yer, saham dia tinggi sekarang ustaz.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Tengok Kak Lina lari dah mengekek ketawa. Iklan paling penat ni Kak Lina, tercungap sama.. ” – Komen Netizen

