Artis / Selebriti
” Dia tak nak tengok ke, anak dia. Kenapa mesti nak membenci.. ” – Raja Azura
Video Raja Azura tidak dapat menahan sebak bercerita mengenai luahan hatinya yang melibatkan bekas suaminya, Adzmin buat warganet tersentuh. Sebak dengar kata-kata Raja Azura. Bila melibatkan anak-anak, mengalir air mata..
Raja Azura bukan nama asing dalam dunia seni tanahair. Raja Azura melalui kehidupan sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun yang lalu apabila bahtera perkahwinannya bersama Adzmin terputus di tengah jalan. Sejak 2010, bekas suaminya ni menghilangkan diri dan tidak pernah muncul sehingga kini.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Too Pretty Too Handle, telah dikongsikan sedikit sedutan podcast yang mana Raja Azura tampil sebagai tetamu jemputan. Raja Azura akhirnya meluahkan perasaannya yang sudah lama terpendam. Ianya melibatkan Adzmin dan anak-anaknya hasil perkongsian hidup mereka.
Megat Muhammad Raziq Adzmin, Megat Luqman Hakim Adzmin dan Puteri Mia Maizura Adzmin adalah 3 permata hati yang dikurniakan oleh Allah sepanjang perkahwinan mereka dulu. Kata Raja Azura, yang terpisah adalah mereka dan jangan lah melibatkan anak-anak.

Selamanya, anak-anak mereka ini akan membawa nama ayah mereka. Selama 15 tahun, tiada perkhabaran yang dapat didengari daripada Adzmin. Tambah Raja Azura lagi, sekiranya bekas suaminya itu tidak mahu bertemu dirinya, dia tidak berkecil hati. Apa yang penting, anak-anak boleh kenal dan bermesra dengan ayah mereka.
Jom tonton video di bawah :
@tooprettytohandle_ Raja Azura @raja.azura : ANAK MASIH MEMBAWA NAMA AYAHNYA..BIN & BINTI AZDMIN…@estikamedispa @telekungtea #estikamedispa #telekungtea #estikago #rajaazura #estikaskincare
♬ original sound – Too Pretty To Handle – Too Pretty To Handle
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 11 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Kenapa lah hati bekas suami nya keras hati sangat.. tinggi sangat ni egonya.. kesian lah pada anak-anak tu.. “
” Baiknya hati budi raja azura. Pengorbanan seorang ibu. Raja Azura ni bagus. Kesian dia. saya faham sebab saya sudah lalui keadaan ni.. cuma dalam cerita yang berbeza.. “
” Saya Pon lalui skrg.. klu lah boleh ditukar nama bin Binti tu.nk je saya buat.. betul tu, jangan berdendam, berbaik lah demi anak-anak.. “
” Kak Raja Azura ni kita slalu tgok dia hepi2… tapi dalam hati kak raja azura aje yg tau.. Aku banyak sangat tgok ibu tunggal lahirkan anak yg hebat berjaya… Tahniah.. “
” Bila hati dipegang dgn kata2 … payah. bahagiakan anak2 yg sdg bina mahligai doakan yg baik2.. “
” Sedihnya, bertahun-tahun Raja Azura menanggung perasaan. sebak dengar ayat dia tu. Lama dah terpendam, akhirnya dapat juga raja azura luahkan.. “
” Sedih sangat, kuatnya lah raja azura ni ya Allah.. To anak-anak araja azura, u must strong……. one day ayah yg cri korg … time sakit nnti bru ingt. now kjrlah cita-cita.. “
Terluah juga segala yang terpendam dalam hati Raja Azura. Bukan dirinya yang difikirkan, tetapi perasaan anak-anak yang pastinya ada sekelumit rindu pada insan bergelar ayah. Moga Allah bukakan hati bekas suami Raja Azura untuk bertemu anak-anak sebelum semuanya terlambat.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Tooprettytohandle_, Portal Sinarplus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti8 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

