Artis / Selebriti
” Aku tengok dah macam Azura bersembang dengan Azura. Sebijik sama, haha.. ” – Netizen
Video Terbaru Raja Azura Bersama Anaknya, Puteri Mia Maizura Raih Perhatian Warganet. Alahai Seiras Sungguh Muka Mia Dengan Kak Engku. Dah Macam Muka Kak Engku Zaman Muda-Muda Dulu, Memang Sebijik Sama !!
Sebut sahaja nama pelakon Raja Azura pasti ramai yang mengenalinya. Raja Azura atau nama sebenarnya, YM Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin ini masih aktif dalam industri seni sebagai pengacara, pelakon serta penyanyi. Untuk pengetahuan semua, Raja Azura merupakan antara selebriti yang memiliki pertalian darah dengan kerabat Diraja Perak.
Pada 2010, Raja Azura atau lebih mesra dengan panggilan Kak Engku sah bercerai dan menerusi perkongsian hidup bersama bekas suami dahulu, Kak Engku dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Raziq, Megat Luqman Haqim dan Puteri Mia Maizura.
Seperti selebriti lain, Kak Engku gemar berkongsi video dan gambar bersama anak-anaknya di akaun Instagram miliknya. Terbaru, Kak Engku memuatnaik dua video bersama anak perempuannya, Mia. Menerusi video itu, Mia sedang menyakat Kak Engku.

Menerusi video kedua pula, Kak Engku memberikan ucapan selamat hari lahir kepada anak sulungnya yang dipanggilnya dengan panggilan Ajiq. Perkongsian kedua-dua video ini telah menarik perhatian wargnaet. Ramai yang mengatakan melihat Mia seperti melihat wajah Kak Engku kerana mereka sangat seiras.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka menyukai perkongsian video oleh Kak Engku ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aku tengok dah macam Azura bersembang dengan Azura. Sebiji sama, haha. Rupanya manja betul Mia ni, patut panggil baby, hehee.. “
” Copy paste maknya betul lah.. Tengok Mia, terus terbayang wajah Kak Engku masa muda-muda dulu.. Saling tak tumpah.. “
” Dr TT td aku dh sengeh sorang2.. Anak omak. Tul.. Hehhe.. Copy paste tul wajahnye dgn bondanya.. Belajar rajin2 yer.. “
” Macam sama ja mak ngan anaknya tu.. Kelakar dua beranak ni, menghiburkan.. Kak Engku pun melayan, hehe.. “
” Hehehe terpaling anak solehah ler tu, haha.. Kejap betul Mia dah besar, hehe.. Tak lama lagi Kak Engku dapat menantu pula.. “
” Sebelah tu Raja Azura jugak le.. Happy birthday to Ajiq sayang.. Aunty yaya doakan sentiasa sihat dan jadi anak yang soleh sentiasa jaga mama tau.. “
” Terhibur tgok family neh, moga ank2 i besar nti pun mcm neh jugak la dgn i yer.. Happy birthday Ajiq, semoga baik2 untuk awak.. “
Seiras sungguh wajah dua beranak ni, kalau tengok dah macam kembar. Seronok melihat Kak Engku melayan anak-anaknya seperti sahabat. Apa-apa pun semoga Kak Engku terus hidup bahagia bersama anak-anak dan segala urusan Kak Engku dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG raja_azura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen

