Connect with us

Artis / Selebriti

” Satu benda yang mommy selalu pegang sampai hari ini, Nada tak pernah.. ” – Fara Salleh

Bekas isteri Shuk Sahar, Fara Salleh akhirnya kongsi wajah anaknya buat pertama kali sempena ulangtahun kelahiran Elaine Nada yang pertama. Alahai, comelnya baby Nada, putih melepak. Copy paste muka Fara sangat..

Bekas isteri kepada pelawak Shuk Sahar, Farah Salleh berkongsi rasa syukur sempena ulangtahun kelahiran pertama puteri kesayangannya, Elaine Nada. Menerusi satu hantaran di media sosial, Farah turut memuat naik beberapa keping gambar wajah anaknya.

Menerusi perkongsian penuh emosi itu, Farah meluahkan rasa tidak percaya apabila masa berlalu begitu pantas sejak kelahiran Elaine Nada. Menurutnya, dia masih merasakan seolah-olah baru semalam menatap wajah si kecil itu ketika masih bayi.

Bagi Farah, anaknya tidak pernah kekurangan kasih sayang kerana sejak hari pertama dilahirkan, Elaine Nada sentiasa dikelilingi insan-insan yang mengambil berat serta tidak putus-putus mendoakan kesejahteraannya. Lebih menyentuh hati, Farah turut berkongsi kisah doanya ketika mengerjakan umrah buat kali kedua.

Farah menyifatkan kehadiran puterinya sebagai anugerah yang memberi makna baru dalam kehidupannya. Malah, Elaine Nada menjadi sumber kekuatan yang mendorongnya untuk terus menjadi insan yang lebih baik dan sentiasa bersyukur dengan setiap nikmat yang dikurniakan.

Jom lihat perkongsian di bawah :

( Klik butang kanan > untuk melihat gambar seterusnya.. )

Di ruangan komen, ramai yang memberikan ucapan hari lahir buat Nada. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Happy birthday nada semoga awak membesar jadi wanita yang hebat .semoga awak sentiasa dalam lindungan Allah swt .mommy sya love you.. “

” Alaaa comelnya happy 1st birthday Nada sayang!! Nanti dah besar jaga mummy awak tauuu.. Comelnya..sedar xsedar dh setahun ye.. “

” Sy tak pernah komen kt ig awak, tp nak komen sbb sy sebak nada terlalu comel, masyaAllah… semoga bahagia selalu, happy selalu mommy & nada.. “

” Akhirnyaaaaa.. memang tunggu2 nak tgk muka baby ommel ni. Kuasa Allah, baby ikut muka mommy dia. Molekk!! Nasibbb baik.. hahaha happy birthday Elaine Nada .. “

” Masha’Allah Tabarakallah utk Nada & Mommy. Comel sungguh, happy birthday semoga selalu murah, mudah rezeki dan dilindungi, diberkati Allah SWT.. “

” Happy Birthday Nada sayang! Semoga yang baik baik untuk nada, nanti friend dengan athea ok .. Pretty comel. Semoga membesar jadi anak solehah berjaya dunia akhirah.. “

” MasyaAllah comelnyaaaa..i selalu cakap “jangan lahhh ikut muka bapak dia” yessss!! Alhamdulillah ikut muka mommy!!! Happy birthday pwincess..may Allah SWT ease everything,good health,be a solehah & sayang mommy tauuuu.. “

Mengakhiri perkongsiannya, Farah mendoakan agar Allah SWT sentiasa melindungi puteri kesayangannya daripada segala bentuk kejahatan dan sentiasa mengurniakan kehidupan yang lebih baik buat mereka berdua. Farah turut mengucapkan rasa syukur kerana kehidupan yang dilalui bersama Elaine Nada kini semakin hari semakin dipermudahkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Fzzaty

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Garnier

Trending

Copyright © Berita Kopak