Artis / Selebriti
” Kalau macam ni garangnya Yusoff, lari orang tak nak kerja.. ” – Datin Shahida
Video telatah anak lelaki Dato’ Aliff Syukri, Yusoff Al Qardawi menjadi seorang boss buat ramai terhibur. Amboi Yusoff, garang betul. Part marah tu memang sebijik gaya macam abah lah, haha..
Meninjau di akaun Instagram milik Datin Shahida, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan telatah comel anak lelakinya, Yusoff Al Qardawi yang sedang berlakon menjadi seorang boss. Menerusi video tersebut, Yusoff dilihat segak mengenakan baju kot sambil duduk di kerusi milik abahnya, Dato’ Aliff Syukri, persis seorang ketua yang berkarisma.
Dengan penuh keyakinan, Yusoff memulakan lakonannya sebagai seorang majikan dengan memanggil seorang staff dan memberikan arahan kerja. Gaya percakapannya yang serius dan penuh autoriti jelas mencuri perhatian seolah-olah benar-benar menghayati watak yang dibawanya itu.
Namun begitu, apa yang lebih mencuit hati adalah cara Yusoff menunjukkan sisi garang seorang boss. Riak wajah dan intonasi suaranya membuatkan ramai yang terhibur, apatah lagi melihat gelagatnya yang masih kecil tetapi sudah pandai berlakon dengan begitu bersahaja.

Datin Shahida turut berseloroh di ruangan kapsyen dengan menyatakan bahawa jika Yusoff benar-benar menjadi boss dengan sikap sebegitu, mungkin ramai pekerja yang tidak sanggup bekerja dengannya. Gurauan tersebut menambahkan lagi kelucuan pada perkongsian video berkenaan.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur dengan telatah Yusoff tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Boss rasanya Boss kena order kerusi Baru yg lebih empuk, lebih gebu, lebih menarik dan paling penting lebih KECIL barulah sesuai utk Boss.. “
” Boss ni cengei tapi comel. Macam mana nak berhenti.. Kena jerit staff pun … Tetap kerja jugak nih, hahahaha.. “
” Yang dlm gambar besar belakang tu la tengah merasuki ucoppp marah2 staff ni eh, hahahaha.. Aduhai.. Garang betul kau Usopp.. “
” Ya Allah pandai nya lah ucop ni ber acting… Garang pulak tuu,eehh tiba2 nak mandi plk, hahahaha.. Boleh tahan kelakar.. “
” Tetiba panas mungkin sbb marah staff tu yg nk mandi.. Hahahah takut betul kalau dapat bos garang macam ni.. “
” Mmg patut jadi cco ni.. Garang yak amat.. Lari lingtang pukang semua pekerja kalau dapat bos garang macam cco ni, hahaa.. “
” Bos tgk fail tu terbalik bos.. Garang dia, gaya dia memang klon abah dia sebiji weh, ahahahhaha memang anak abah ni.. “
Perkongsian itu nyata mengundang pelbagai reaksi daripada warganet yang menonton telatah Yusoff ini. Malah ada yang menyakat mengatakan gaya garang yang ditunjukkan itu saling tidak tumpah seperti abahnya. Tidak hairanlah video tersebut menjadi perhatian dan menceriakan hari ramai yang menontonnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen

