Connect with us

Artis / Selebriti

” Kumpulkan maklumat, saya nak tahu siapakah hati binatang yang mencuri duit zakat itu.. ” – DS Aliff Syukri

Video DS Aliff Syukri bersuara mengenai isu penyelewengan duit zakat. Bila penyumbang zakat terbesar negeri Selangor bersuara, fuhhh lantang sungguh. Marah betul Dato’ Aliff, takut tengok..

Semalam tular di semua media massa mengenai isu penyalahgunaan duit zakat oleh beberapa orang individu. Menurut laporan Harian Metro, Timbalan pengerusi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) antara tiga yang ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor kerana kes penyelewengan dana zakat berjumlah RM230 juta. Operasi semalam juga turut menyita 18 unit kenderaan mewah selain wang tunai dan jam tangan berjenama.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Aliff Syukri Terlajak Laris, telah dikongsikan satu video suntingan yang memaparkan Dato’ Seri Aliff Syukri sebagai wakil parlimen bersuara mengenai isu tular tersebut. Video ini meraih perhatian daripada warganet.

Dato’ Aliff juga turut mencoret di ruangan kapsyen ketidakpuasan hatinya mengenai isu berkenaan. Duit zakat yang sepatutnya diserahkan kepada asnaf dan golongan yang tidak berkemampuan, namun disalahgunakan untuk kepentingan peribadi dan ianya sesuatu yang tidak bermoral.

Dato’ Aliff juga ada berseloroh dan bertanya kepada warganet sekiranya dirinya diberi peluang untuk bertanding sebagai wakil rakyat, di parlimen mana yang wajar untuk beliau menempatkan dirinya. Mungkin jawatan Menteri Keusahawanan antara yang bersesuaian dengan imej Dato’ Aliff.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 29 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Ni kita sokong 120 juta peratus.. ” – Neelofa

” Pasir Salak dah lama takda wakil rakyat yang lantang. Boleh bagi kat YB Dato Aliff.. garang tok hehe.. louderrr.. tapi Mulut tak sync la datokkkkkk!!!!! Geramnye tengok haha.. “

” Sokong yb.. memang binatang yang makan duit zakat tu.. tapi kan, dato jangan masuk politik lah. kekal seperti sekarang je dah cukup.. “

” Suara keraskan sikit mcm YB Syed Sadiq… Jgn mata besar hehe.. Parlimen losung xkenal,kalau kerepok losong terengganu kami kenal dato haha.. “

” Fuh terkejut saya.. lawak lah dato.. Mulut x sync Dato’. Dah mcm tgk citer Jepun alih bahasa dah ni hehe.. “

” Dato aliff syukri layak laa utk marah sbb dia pembayar zakat terbanyak di negeri selangor.. penat dia kerja jual jeruk mangga jual itu ini nak bayar zakat bagi kat asnaf2 tuptaptuptap kau sakaw mcm tuu jer.. “

” Good effort Dato. Dato bersuara lagi.. Dato antara penyumbang zakat terbesar. Pasti lebih rasa tercalar bila tahu ada tangan tangan jahat disebalik kutipan zakat.. “

” Dato kalau marah sgt pun x boleh. Terkeluar suara cartoon haha.. Masuk parlimen dato.. mesti diorang serabut dgn dato… Hahahaha we need more like dato yg laser2 dlm parlimen.. “

Laju sungguh Dato’ Aliff membuat video berkenaan isu ini, memang Dato’ Aliff ada hak untuk bersuara kerana penyumbang terbesar zakat untuk negeri Selangor. Apa-apa pun, wang zakat sepatutnya diagihkan kepada yang berhak menerimanya, bukan lah untuk kegunaan peribadi.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Aliffsyukri , Portal Harian Metro 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak