Artis / Selebriti
” Awak tak ada tempat tinggal sampaikan awak terpaksa mandi di Petronas dan surau.. ” – DS Aliff Syukri
Video Azar Azmi mengaku dirinya hidup merempat sehinggakan terpaksa mandi di stesen minyak dan surau kerana tiada rumah buat warganet sebak. Kesiannya Azar dan anak-anak, merana sungguh hidup di jalanan..
Kisah hidup Azar Azmi kembali menjadi perbualan ramai. Setelah viral temubual Azar bersama Melodi dan Nona, usahawan terkenal, Dato’ Aliff Syukri dan Datin Shahida tampil membantu pelakon cantik ini. Pasangan ini menjemput Azar ke kediaman mereka untuk menyerahkan sedikit wang zakat.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok shopwithicaaa dan papalaris.dherbs_, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan sedutan live Azar bersama Dato’ Aliff dan Datin Shahida semalam. Live ini tidak dirancang dan ianya idea Dato’ Aliff pada saat akhir dengan niat membantu Azar.
Menerusi video ini, Dato’ Aliff mendedahkan perbualannya bersama sahabat Azar yang menemani Azar ke rumah. Kata sahabat Azar, hidup Azar bersama anak-anak sangat susah dan begitu struggle apabila tiada tempat tinggal sehinggakan mereka terpaksa menumpang mandi di stesen minyak Petronas dan juga surau.

Tambah Dato’ Aliff lagi, Azar langsung tidak bercerita keperitan hidupnya ini. Nasib baik lah, sahabat Azar itu membuka cerita tersebut. Walaupun mengharungi kesusahan, Azar masih tetap cuba bertahan agar tidak menyusahkan orang lain.
Jom tonton video di bawah :
@shopwithicaaa Sumpah kesian😭. Bila tersalah pilih suami memang merana hidup. #CapCut #azarazmi #liveazarazmidengandatoaliffsyukri #aliffsyukri #terlajaklaris
@papalaris.dherbs_ Azar kene kuat🥺🥺🥺Dato datin sebagai perantara shj❤️🤲
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alhamdulillah.terima kasih dato datin dn org2 baik.semoga rezeki mencurah2 spt air zam2 yg mengalir.sihat selalu.semoga setp Kali kita keluar mencari rezeki Allah melindungi kita.aamiin.. “
” Semoga azar tabah,allah sayang kamu,gunakanlah duit yg diberi itu dgn sebaik2nya,terima kasih aliff syukri kerana memanjangkan kisah azar ni.. “
” Struggle gile Azar nie,semoga dipermudahkan urusan Azar.. Amin.. Ramai Ramai kita Amin yer.. “
” Sy sgt faham perasaan azar. semoga ada sinar khidupn utk hari strusnya buat azar ye. Allah bg ujian yg kita mampu hdapinye.. “
” Subhanallah… kuatnya dia masih boleh ketawa lg.. ada yang lagi susah dari aku. ya Allah. bantu mereka yang susah. aku syukur sangat ada mak ayah yang baik. Allahuakhbar.. “
” Ini laa salh stu allah nak naik kan derajat dia balik insyallah smogaa baik baik sahaja.. Bagusnya Azar ni, dia korbankan apa sahaja untuk anak-anak.. “
” Allahuakbar, menangis aku dengar.. move on kak azar Allah syg hamba nya diberikan ujian seberat ini kak azar kena kuat dan redha ya kami syg akak.. “
Hebatnya dugaan hidup yang Azar telah tempuhi demi kelangsungan hidupnya dan anak-anak. Allah kirimkan Dato’ Aliff dan Datin Shahida untuk menjadi orang perantaraan membantu Azar. Semoga kehidupan Azar dan anak-anak akan kembali membaik selepas ini dan dipermudahkan segala urusan, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shopwithicaa, Tiktok papalaris.dherbs_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

