Artis / Selebriti
” Waktu Ammar lahir kat dunia ni, saya rasa saya tak ready lagi jadi abah.. ” – DS Aliff Syukri
DS Aliff Syukri kongsi video sambutan hari lahir anak sulungnya, Ammar Ahyan raih perhatian ramai. Alahai, sebak pula dengar ucapan Dato’ Aliff untuk Ammar. Jarang-jarang Dato’ Aliff nak kongsi part touching macam ni..
Meninjau di akaun Instagram milik usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan sambutan ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Ammar Ahyan. Majlis makan malam yang diadakan dalam suasana sederhana namun meriah itu turut dihadiri oleh ahli keluarga terdekat.
Menerusi video tersebut, Dato’ Aliff bersama keluarga dilihat menikmati hidangan di sebuah restoran sambil meluangkan masa berkualiti bersama. Suasana bertambah ceria apabila lagu hari lahir dinyanyikan khas buat Ammar dan ianya mencipta momen yang penuh bermakna dan menggembirakan.
Tidak hanya meraikan dengan jamuan makan, Dato’ Aliff turut membuat kejutan istimewa apabila menghadiahkan sejumlah wang kepada Ammar. Reaksi Ammar yang kelihatan terharu dan gembira menerima hadiah tersebut turut mencuri perhatian ramai yang menonton video berkenaan.

Menerusi perkongsian yang sama, Dato’ Aliff turut menitipkan ucapan menyentuh hati buat anak sulungnya itu. Menurut beliau, ketika Ammar dilahirkan, dirinya masih muda dan belum benar-benar bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang bapa. Namun, kehadiran Ammar telah banyak mengajar dan mematangkan dirinya dalam menempuh kehidupan berkeluarga.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perongsian video ini dan turut memberikan kata-kata ucapan selamat hari lahir buat Ammar. Antara komen-komen menarik adalah :
” Macam segar lg dalam ingatan Dato hantar anak2 dia duduk dengan orang susah dlu sebgai pengajaran.. Tengok2 dah besar dah Amayan.. Selamat hari lahir Amayan.. “
” Sannah Helwah.. Selamat hari lahir Ammar Ahyan.. Semoga panjang umurmu dan kehidupan sentiasa diberkati oleh Allah.. Sihat sejahtera.. Berjaya di dunia dan akhirat.. “
” Happy birthday ammayan .. Semoga membesar menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada ibu bapa.. Moga Allah kabulkan segala hajat ammayan.. “
” Moga jadi anak yang soleh Ammar.. Dari kecik sampai lah besar, handsome betul anak sulung dato dan datin ni.. Tak lama lagi boleh lah dapat menantu pula.. “
” Selamat ulangtahun kelahiran buat Ammar Ahyan.. Semoga menjadi anak yang soleh, semoga menjaga ibu dan bapa dan adik2 selalu.. Hidup diberkati oleh Allah.. Sentiasa dalam lindungan Allah.. “
” Dah besar.. Terus teringat dato paksa dia nyanyi lagu serbuk arang dherbs.. Selamat lahir lahir Ammar.. Semoga jadi anak yang baik ya.. “
” Selamat hari lahir Ammar.. Ammar good boy.. Aunty doakan semoga Ammar menjadi anak yang baik berjaya di dunia dan akhirat.. Happy birthday Ammar.. “
Kini, apabila melihat Ammar semakin dewasa, Dato’ Aliff mengakui berasa seolah-olah masa berlalu begitu pantas. Beliau turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Ammar kerana telah memberikan peluang untuk dirinya merasai pengalaman bergelar seorang bapa. Luahan ikhlas tersebut menyentuh hati ramai yang turut mendoakan agar hubungan mereka sekeluarga terus bahagia dan berkekalan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG aliffsyukriterlajaklaris
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen
-
Keluarga24 hours ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

