Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila Cik B berkawan, Cik B melabur lah, keluar duit banyak ? ” – Wartawan

Jawapan Cik B ketika diajukan soalan keluar duit banyak untuk kawan-kawan curi perhatian warganet. Terbaik lah jawapan Cik B ni, memang matang betul..

Kemurahan hati anak kepada usahawan terkenal, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B seringkali mendapat perhatian warganet. Banyak video yang memaparkan kebaikan Cik B kepada orang-orang di sekitarnya yang dikongsikan di media sosial. Rakan-rakan baru di Talk To My Manager musim 2 juga mendapat layanan yang baik daripada Cik B.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Hibglam, telah dikongsikan satu video yang memaparkan temubual Cik B bersama pihak wartawan. Cik B diajukan soalan mengenai Cik B banyak berhabis duit dengan berbelanja besar untuk kawan-kawan.

Cik B sangat bijak menjawab soalan wartawan dan susun kata-katanya juga agak tersusun. Ujar Cik B, dia ikhlas dan sayang pada kawan-kawannya. Namun dalam masa yang sama, Cik B tetap berpada-pada supaya tidak dipergunakan. Cik B juga menegaskan apabila dia dapat membelikan apa yang kawannya mahukan, itu satu kepuasan dan kegembiraan untuk Cik B.

Tambah Cik B lagi, ianya bukan setiap hari dan dilakukan untuk hari istimewa seperti hari lahir. Cik B mewarisi sifat pemurah DS Vida dan menganggap rezekinya akan lebih banyak datang apabila dia membelanja kawan-kawan. Cara Cik B menjawab soalan wartawan ini dipuji oleh warganet kerana mempamerkan kematangan Cik B.

Jom tonton video di bawah :

@hibglam.com.my

UNTUNG betul siapa jadi kawan Cik B, min nak daftar diri jadi kawan juga boleh? #hibglam #cikb #talktomymanager2 #ttmm2 #hibglam

♬ original sound – HIBGLAM – HIBGLAM

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Deep deep deep saya tak percaya dia 100 % cik b seorang yang berfikiran jauh kita kena ada batasnya.. yes cik b betul tu.. “

” Sy order 5, tp org belanja sy kena order 1.. haha cb ni mcm.mama dia lucu dan pintar bila bercakap. semoga cb berjaya dan d murahkan rezeki.. “

” Cik B anak mama yg hebatttt tahniah.. cikb pemurah..macam mama.. cik b ke pusingan akhir buat yang terbaik cik b.. “

” Ank Dato’ Sri Vida yg hebat.. Cik b pemurah.. semoga cikB sentaisa di murah Dan di lancar kan reziki seperti air zam zam yg mengalir….. Dan semoga di sentaisa di sihatkan tubuh badan Dan di lindungi Allah s.w.t.. “

” Jujur n hebatnya cik b, perangai cik b sama cam perangai ank kita suara pn mirip sgt.. cik b baik sangattt.. “

” Alhamdulillah terbaik.. semoga cik b murah rezeki sokmo.. untung siapa yang jadi kawan cik b ni.. cik b jenis ikhlas bila berkawan, tak kedekut dan penyayang.. “

” Love languange yang mahal daripada seorang sahabat, itu lah cik b yang sebenar. Nampak perwatakan je kasar tapi hati cik b lembut dan penuh kasih sayang.. “

Setiap orang ada cara berbeza dan itu adalah cara Cik B untuk menghargai kawan-kawannya. Beruntung sesiapa yang menjadi kawan Cik B kerana keikhlasan Cik B itu. Semoga segala kebaikan yang Cik B dibalas dengan rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan daripada Yang Maha Esa.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok hibglam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

 

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak