Connect with us

Artis / Selebriti

” Touching la Amayan ni. Walaupun ayat macam chatgpt premium tapi menyentuh hati.. ” – Komen Netizen

Dato’ Seri Aliff Syukri kongsi video ucapan Ammar Ahyan untuknya sempena hari bapa buat ramai tersentuh. Sweet sungguh ucapan Ammar ni walaupun dah macam ucapan rasmi. Bergenang air mata DS Aliff.. 

Setiap anak ada cara yang berbeza dalam menzahirkan rasa terima kasih mereka kepada insan bergelar ayah. Kebiasaannya, ucapan khas akan diberikan oleh anak-anak ketika sambutan Hari Bapa. Tidak kurang juga yang memberikan hadiah pada hari tersebut.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Astro Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan usahawan terkenal, Dato’ Seri Aliff Syukri menunjukkan ucapan yang diterima daripada anak-anaknya di applikasi WhatsApp sempena hari bapa.

Kata DS Aliff, ucapan daripada anak sulungnya, Ammar Ahyan sedikit berbeza dan menyentuh hatinya. DS Aliff turut memperdengarkan voice message yang dihantar oleh Ammar kepadanya. Ammar diketahui umum seorang anak yang baik, patuh dan tidak pernah membantah arahan abah dan mamanya.

Ucapan kiriman Ammar ini membuatkan DS Aliff berasa sebak. Memetik komen warganet, ramai yang kagum dengan ucapan Ammar itu. Tidak kurang juga yang terhibur kerana gaya penyampaian Ammar yang agak formal seperti sedang berucap dalam majlis rasmi.

Jom tonton video di bawah :

@astrogempak

GempakNews: Selamat Hari Bapa buat Datuk dan semua ayah di luar sana Baca artikel penuh di www.gempak.com atau klik link di IG Story. Jangan lupa follow IG dan TikTok @astrogempak untuk info semasa. #Gempak #AstroGempak #viral #beritaterkini Kredit: Threads Aliff Syukri disclaimer video *PERHATIAN: Video ini bukan milik Gempak dan kredit telah diberikan kepada pemilik asal. DM kami jika ada sebarang pertanyaan.*

♬ original sound – Gempak – Gempak

Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapay

” Amayannn bagi ucapan macam kat majlis graduasi hehe.. Walaupun macam presentation. Simple padat tepat dari amayan.. amayan the best tak lupa jasa abah jadi anak soleh bimbing adik ii tau.. “

” Cara dia cakap sngt matang.. Tahniah dato alif syukri…. Dato telah menjadi abah yg dibanggakan oleh anak2….Betul dato… semua manusia tak sempurna.. Tapi berusahalah menyempurnakan tanggungjawab.. “

” Ammayan baca text dari chatgpt ke? org baru nak feeling sedih, tiber selamat hari raya pula haha.. Alhamdulillah bergenang AYAQ mata seorang bapa,,moga ank2 sy pon mcm ni.. aku ingtkan amar ni dalam video je mcm tu, mmg dia mcm tu weh.. “

” Sedih pula wish amayan. tapi nampak ikhlas tuuu. ammayannn ni kan.. ok done nangis.. the real tanggungjawab seorang bapa.. touching seorang bapa mendengar ucapan dari anak pengorbanan seorang bapa begitu besar.. “

” Touching la Amayan ni. walaupun macam chatgpt premium tapi menyentuh hati..Amayan antara anak paling banyak hadap gaduh mak ayah, susah mak ayah. Semoga anak ini sentiasa diberkahi dan dirahmati.. “

” Macam buat ucapan rasmi lak Amayan, comel sangat.. lah kita pulak yang nangis. Dato pun berkaca kaca mata dengar voice amayan tu.. ikhlas daripada seorang anak.. “

” Amayan nmpk & ada bersama struggle parents dia utk membesarkan mereka adik bradik..dia pun kena sama² buat bisnes..sbb itu dia fhm “utk senang bkn senang..tak susah nk susah”..apa²pun, syukur selalu.. “

Ucapan yang ikhlas dan tulus daripada Ammar untuk abahnya yang membuatkan DS Aliff sebak mendengarnya. Sekali pun Ammar kelihatan seperti lurus, namun dia tahu menghargai segala jasa dan pengorbanan Abah yang terlalu besar demi membesar Ammar dan adik-adik. Semoga menjadi anak kebanggaan abah selalu Ammar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Gempak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak