Connect with us

Artis / Selebriti

” Dia gelak dengan penuh bangga dapat nyanyi lagu mama dia walaupun lirik ke laut.. ” – Komen Netizen

Video anak Shila Amzah, Seth Uwais menyanyi dalam podcast Ubai Central buat ramai terhibur. Wah ada bakat lah Seth walaupun lirik tu melencong jauh. Suara Seth pun merdu, kalah Ubai, hehe..

Seth Uwais merupakan anak sulung kepada Shila Amzah. Seth merupakan seorang mild autism tahap 1. Pada pandangan mata kasar orang luar, Seth seperti kanak-kanak normal lain. Ubai banyak membantu dalam perkembangan Seth dan sedikit demi sedikit, Seth semakin banyak perubahan.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ubaihani, telah dikongsikan satu sedutan video yang memaparkan podcast Ubai bersama Seth. Ini adalah sambungan daripada part 2 sebelum ini. Jika sebelum ini mereka bercerita mengenai autism, part 3 ini Seth menunjukkan bakatnya menyanyi pula.

Ubai meminta Seth untuk menyanyikan lagu popular Shila yang popular, antaranya Patah Seribu dan Memori Tercipta. Seth tidak menghafal sepenuhnya lirik lagu-lagu tersebut tetapi Seth tahu bagaimana rentak dan melodinya. Lirik Seth juga melencong jauh dan membuatkan Ubai ketawa mendengarnya.

Memetik komen warganet, ramai yang terhibur mendengar nyanyian oleh Seth itu. Sekali pun liriknya tidak tepat, suara Seth sedap didengar. Warganet memuji suara Seth itu dan mengatakan Seth boleh menyanyi lebih baik daripada Ubai.

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Maaf chakap.. jauh lbih sedap dari suara ubaidilah.. terpelanting jauhlahh haha.. Kenalah ek dgn papa crack dia . Hahaha sama naik sethyyy menyalaaaa.. “

” Alahai memori tercipta sethy.. Kiutlaaa aunty dh jadi peminat awak.. You are very cute Seth.. cara gelak sama macam Shila sangat.. Dia gelak dengan penuh bangga dpt nyanyi lagu mama dia walaupon lirik ke laut. Comey je.. “

” Ke tepi semua. from shilalas_united to Sethy Universe. Aku tgk tergelak gelak.. IM YOUR NO 1 FANS la seth.. Dari non verbal sampai boleh nyanyi mcmni. Hebat eh kesan ada father figure dalam rumah.. “

” MasyaAllah sungguh talented dan bijak anak Syurga Mama Sha dan Papa Ubaihani sorang ni tau….dia punya response very prompt and complete sampai Ubai pun tak caya gitew.. berair mata aku gelak budak ni laahhhhh.. “

” Papa….ketepiiiiii… Seth voice more valuable than papa… ttmm 5years lagi la.. suara dia ada value la.. LAWAN seketika, terJALAN kasih kita haha.. tak tau pulak lagu memori tercipta ada part lawan lawan.. nak kecam tak boleh, anak founder kan.. “

” Duet dgn Tiara confirm meletop ni. lirik masing masing ikut sedap je. Yg penting konpiden.. 2.2 crack ehh. Hahaha.. Dr tak boleh communicate, takde interaksi, sampai la boleh menyanyi, salute kat Ubai beri sepenuh tanggungjwb bersama.. Layak la Seth Bin Muhammad Ubaidillah.. “

” Sah!! Anak shahilaamzah dia ni… Gelak ikut mak yerr. cerdiknyaaaaa seth.. boleh pergi jauh ..suara sedap Seth.. Nanti boleh nyanyi ng mama dia atas stage.. “

Comel Seth menyanyi lagu-lagu mamanya itu. Walaupun lirik Seth ada yang salah tetapi Seth tetap mengikut tempo dengan betul. Suara Seth juga sedap didengar. Tidak mustahil jika terus didedahkan dengan dunia podcast dan nyanyian, Seth boleh menjadi pengacara dan penyanyi apabila dewasa kelak.

Tonton video di bawah :

Silakan SHARE..

Sumber : IG Ubaihani

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Polo Hill

Trending

Copyright © Berita Kopak