Artis / Selebriti
” Kakak saya dapat inspirasi dari.. ” – Irfan Haris
Video adik Amira Othman, Irfan Haris mendedahkan asal usul nama Muhammad Jarir Umar dipilih oleh Amira dan Fattah Amin raih perhatian ramai. Oo macam tu rupanya kisah di sebalik nama Jarir. Bukan biasa-biasa ni..
Fattah Amin baru sahaja mengumumkan mengenai kelahiran cahayamatanya bersama Amira Othman beberapa jam yang lalu. Fattah turut memaklumkan nama yang dipilih olehnya dan Amira untuk bayi mereka iaitu Muhammad Jarir Umar bin Abdul Fattah.
Ramai yang memuji nama Jarir itu dan ianya sangat jarang ditemui. Meninjau entry di akaun Instagram Era FM, telah dikongsikan satu video yang memaparkan penyampai Era FM menghubungi adik kepada Amira iaitu Irfan Haris untuk bertanyakan mengenai perkhabaran terbaru Amira.
Kata Irfan, Amira dan Jarir dalam keadaan sihat dan meminta agar semua mendoakan untuk kakak dan anak saudara barunya itu. Ketika diajukan soalan mengenai nama Jarir, Irfan memberitahu nama itu adalah hasil perbincangan Fattah dan Amira.

Irfan turut memaklumkan, Amira terinspirasi dengan nama Jarir ketika mengikuti satu kelas agama. Nama indah itu adalah salah seorang sahabat Nabi Muhammad S.A.W yang mana mempunyai keperibadian yang murni serta dipuji-puji oleh Nabi Muhammad S.A.W.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Sedap nama anak nya.. “Jarir Umar” lazimnya merujuk kepada kisah masyhur antara Khalifah Umar bin Al-Khattab dan sahabat Nabi, Jarir bin Abdullah. Kisah ini memaparkan akhlak yang sangat terpuji mengenai kebijaksanaan menjaga aib sesama manusia.. “
” Jarir bin Abdullah al-Bajali ialah seorang sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal dengan akhlak yang baik, ketampanan, dan keberaniannya.. “
” Beberapa fakta ringkas tentang beliau: Nama penuh: Jarir bin Abdullah al-Bajali. Berasal dari kabilah Bajilah di Saudi Arabia. Memeluk Islam sekitar tahun 10 Hijrah, Nabi Muhammad SAW pernah memuji beliau kerana wajahnya yang tampan dan peribadinya yang mulia. Dikenali sebagai perawi hadis (meriwayatkan banyak hadis). Ada sebuah riwayat terkenal, Nabi SAW bersabda tentang beliau: “Jarir datang kepada kalian bagaikan seorang raja.”
” Muhammad sempena nama Nabi junjungan kita اَللهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ. Jarir nama sahabat Nabi saw. Umar juga sahabat Nabi saw & seorg khalifah Allah. Semoga ank ini akan mendapat sifat² dari 3 nama hebat ini.. “
” MasyaAllah sedap nama nya. semoga membesar jadi anak yang soleh.. Seindah nama kpd sahabat Nabi s.a.w.. “
” Sedap namanya, masya Allah. Muhammad Jarir Umar seindah maknanya.In Shaa Allah. selamat berpntang Amira.
” Alhamdulillah MasyaAllah sedap nama baby. nama yang baik untuk anak yang disayangi.. Moga membesar jadi anak yang soleh Jarir.. Aamiin.. “
Fattah dan Amira begitu teliti memilih nama yang seindah ini untuk cahayamata mereka itu. Semoga harapan pasangan ini untuk melihat Jarir Umar membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh serta keperibadian seindah sahabat Nabi Muhammad S.A.W dimakbulkan oleh Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era FM
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti1 day ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

