Artis / Selebriti
” Aku terus call, laki kau yang angkat. Aku terkejut, mesej tu baru 2 saat ko reply.. ” – Janna Nick
Video Janna Nick mendedahkan suami Azar menyamar menjadi Azar dan meminta wang daripada Janna buat ramai geram. Terkejut Azar bila tahu tujuan minta duit tu sebab dia dikatakan kena kanser..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok eykaasyafika, telah dikongsikan salah satu moment sedih yang terjadi ketika sesi live Dato’ Aliff Syukri bersama Azar Azmi malam tadi. Umum mengetahui, Azar bersahabat baik bersama pelakon dan pengacara, Janna Nick.
Dato’ Aliff menghubungi Janna dan memberikan ruang untuk Janna dan Azar bercakap menerusi panggilan video. Air mata Azar laju mengalir saat dapat melihat dan bercakap dengan sahabat baiknya itu. Jelas terpancar betapa Azar inginkan Janna ada di sisinya dalam keadaan dirinya yang kesusahan sekarang.
Menerusi perbualan tersebut, Janna mendedahkan mengenai dia menerima banyak pesanan daripada seorang individu yang menyamar sebagai Azar. Individu ini meminta wang dan mengatakan Azar perlu menjalani rawatan kerana menghidap kanser.

Janna juga secara terbuka memberitahu, detik yang paling dia terkejut apabila suami Azar sendiri yang menyambut panggilannya ketika itu. Azar terperanjat dengan pendedahan oleh Janna itu dan mengatakan dia langsung tidak tahu menahu mengenai hal tersebut.
Jom tonton video di bawah :
@eykaaasyafika Janna Nick finally dapat contact Azar Azmi .. part ni sedih gila 😭😭😭 #azarazmi #datoaliffsyukri #jannanick
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 9000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Part ni aku sekali ikut menangis tadi malam. Balik la nyahhhhh huhu.. Dia perlukan pelukan dri sahabat tu.. “
” Tiberr mata aku jugak masuk habuk. sabarlah azar dunia ni mmg tempat ujian utk kita,cuma nasib kita je x sama kdg baik kdg x.. inshaAllah sy taw azar boleh bangkit selepas ni.. “
” Part ni aku teriak serupa dengan aku bff depa sekali. banyak sgt yg disembunyikan tu sampai auto nagis.. terharu tgk ada kwn ikhlas mcm ni..susah nk jmpe..janna kwn yg baik.. “
” Kesiannya la kat azar nie .. sedih gila hidup dia ..tp org baik nie mmg byk je ujian dia.. Baiknya persahabatan diorg ni.. Touching sgt.. “
” Kita pulak yang sebak tengok Azar menangis. kesiannya Azar, orang paling dia percaya yang gunakan dia.. tak guna betul lah laki tu.. gunakan nama azar untuk scam duit orang. Allahuakbar.. “
” Suami dr Neraka btullah… Sabarlah Azar.. Ni semua ujian utk awk.. Kami ni pun semua ada ujian.. cumanye ujian kita bbeza2 saje.. Semoga Allah pmudahkan urusan awk..amin.. “
” Patut laki dia tak bagi ade fon, dia nak scam kawan-kawan azar guna name azar. kurang ajar laki gitu.. dia gunakn untuk kepentingan diri dia.. smpai sanggup ckp azar kena kanser.. “
Pendedahan daripada Janna yang membuatkan Azar sendiri terkejut. Semuanya terjadi di luar pengetahuan Azar dan natijahnya, nama Azar dipergunakan untuk kepentingan individu lain. Semoga Janna dan Azar dapat bertemu tidak lama lagi kerana pastinya, banyak yang ingin Azar curahkan kepada sahabat baiknya itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Eykaasyafika, IG Meloditv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti7 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Betul-betul tak sangka jawapan Erra bagi tu. Kelakar lah Erra ni, haha.. ” – Komen Netizen

