Artis / Selebriti
” Baru nak rasa terharu untuk good news dari korang.. ” – Komen Netizen
Janna Nick muatnaik video trend memegang perut di Instagram buat peminat teruja. Sekali rupa-rupanya ada plot twist, hehe..
Menerusi akaun Instagram Janna Nick, ramai netizen berasa teruja dengan video trend yang dimuatnaik oleh Janna Nick bersama suaminya, Dini Schatzmann. Video tersebut seakan-akan memberi bayangan tentang berita besar dalam hidup mereka, membuatkan ramai menyangka pasangan ini ingin mengumumkan mengenai kehamilan.
Menerusi video berkenaan, Janna dan Dini tampil dengan ekspresi teruja sambil Janna memegang sesuatu di perutnya. Reaksi mereka membuat peminat mula membuat pelbagai andaian. Namun, sangkaan ramai ternyata meleset.
Di penghujung video, rupa-rupanya pasangan itu hanya ingin berkongsi berita tentang perancangan percutian mereka selepas membeli tiket untuk bercuti bersama. Twist tersebut terus membuat netizen tergelak dan “geram manja” kerana terlalu awal membuat kesimpulan.

Walaupun ramai yang “tertipu”, kebanyakan netizen tetap mendoakan agar pasangan ini benar benar dikurniakan cahaya mata suatu hari nanti. Janna dan Dini sememangnya dikenali sebagai pasangan yang suka bergurau dan sering berkongsi content santai yang mencuit hati peminat di media sosial.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Baru nak rasa terharu untuk good news dari korang sekali tiket flight yg keluar . Pape pun semoga ada rezeki untuk korang ada malaikat kecil pada waktu yg tepat. Aamiin .. “
” Txpe lekkk lu enjoyyyy…aku dulu nk dpt si sulong 7 tahun menanti…. then jarak sulong n 2nd 10 tahun.. tp alhmdulillah dpt sepasang dah tutup kilang.. “
” Syukur alhamdulillah semoga Janna, Dini sihat selalu, semoga allah kurnia kan zuriat secepat nya.. “
” Semoga one day tiket flight tu bertukar scan baby.. one fine day Janna, In Shaa Allah. Takpeee enjoy berdua dulu. nanti dah ada anak2, mmg xdan berdua.. “
” Saya pun geng janna juga ttc dah 3 tahun. Kalau ada rezekk utk zuriat ada klu xde sy redha. Doakan sy yer.. “
” InshaAllah satu masa nanti bilangan flight tickets tu akan bertambah okay! you will bawa your kiddos traveling to0.. “
” The time will come janna.. Enjoy dulu berdua nnt enjoy berempat pulak.. Sy sumpah janna preggy kembar lelaki perempuan .. “
Nampaknya buat masa ini peminat kena terus bersabar dan jangan terlalu cepat membuat andaian setiap kali pasangan ini memuat naik video trend. Semoga suatu masa nanti Janna dan Dini bakal bergelar ibu bapa dan dikurniakan zuriat yang comel. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : IG Janna Nick
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti5 hours ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel

