Connect with us

Artis / Selebriti

” Sedihnya dia nampak semangat pimpin isterinya nak menunaikan haji, yang mana dia nak sangat tapi tak diizinkan.. ” – Komen Netizen

Video throwback arwah Jalil Hamid menghantar isterinya mengerjakan ibadah haji buat ramai tersentuh. Walaupun hatinya kecewa tidak dapat bersama isteri, wajahnya tetap tersenyum mengiringi pemergian sang isteri. Sebaknya tengok.. 

Sehingga ke hari ini, banyak video kenangan arwah Jalil Hamid ketika masih hidup berlegar-legar di media sosial. Kehilangan Jalil ini amat dirasai terutamanya untuk isteri dan anak-anak arwah. Satu demi satu video throwback dikongsikan untuk mengubati rasa rindu di hati.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram Afiqah Jalil, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan Jalil menghantar isterinya untuk mengerjakan haji tahun lalu. Sayu hati warganet melihat betapa gembiranya Jalil mengiringi pemergian sang isteri sekali pun hatinya sedang berduka dan kecewa kerana tidak dapat pergi bersama.

Di ruangan kapsyen pula, Afiqah bercerita mengenai kisah cinta ayah dan ibunya ini. Ini adalah kali pertama Jalil dan isteri berpisah jauh. Isteri Jalil setia menemani dan menjaga Jalil dan itu adalah bukti ketaatannya kepada suami. Di saat Jalil sakit teruk, isterinya yang kekal berada di sisi.

Tidak tergambar perasaan isteri Jalil setelah pemergian insan tercinta. Tiada lagi gelak tawa dan tiada lagi teman bersenda untuk menghabiskan sisa-sisa kehidupan. Hanya kenangan yang ada menjadi penguat semangat untuk meneruskan kehidupan.

Jom tonton video di bawah :

Lebih 8000 tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :

” Pedih itu terasa.. sedihnya part dia nampak semangatttt pimpin isterinya nak menunaikan haji, yg mana dia nak sgt² tp xdiizinkan…. jd bile dia dpt hantar wife pun nampak betapa bsungguhnya dia.. “

” Moga bertemu di syurga aaminn. Pandangannya penuh kasih syg pd seorang isteri.. da berapa hari da nanges bila tgk newsfeed psl pakcik Jalil Hamid.. “

” Saya yg tadak kena mengena ni pun terasa sampai harini macamana la ika dengan keluarga kan. Kuat okay.. “

” Allah, ternangis lagi, since hri isnin non stop nangis tgk video arwah, semoga Allah beri kekuatan buat afiqah sekeluarga. jaga mak baik baik ya.. “

” Sis kena kuat.. saya yg kehilangan abah 2 tahun lps masih belum terima sepenuhnya apalagi sis.. saya faham.. tp mmng kena kuat utk mak.. mak lagi sedih sis tp dia perlukan sokongan anak2… x pe la sis mmng perlukan masa.. dlm keadaan cam ni yg tau erti kehilangan dan kerinduan je yg faham… take time.. “

” Allahuakhbar…. Kelu lidah saya nak berkata-kata.. Sedih betul kehilangan ni, betul betul terkesan. lapang kan la kubur abah nye ya Allah.. “

” Cntknye isteri arwah..baru 1 st time tgk..salam takziah di ats kehilangn insan trsyg.moga cik dn ank2 tabah dgn ujian yg berat ini..Alfatihah..moga rohnye tenang d SANA.. “

Kisah setianya seorang isteri terhadap suami dan kasihnya seorang suami terhadap isterinya yang meruntun hati ramai. Jalil pergi meninggalkan isteri tercinta dan pastinya kenangan yang telah dicipta sepanjang perkongsian hidup mereka bersama akan menjadi pengubat rindu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Afiqah Jalil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak