Artis / Selebriti
” Tengok banyak kali, sure menangis jugak. Lakonan arwah sangat berkesan.. ” – Komen Netizen
Video lakonan Allahyarham Jalil Hamid dalam iklan raya BSN 2026 kembali tular dan buat ramai sedih menontonnya. Karya raya terakhir Allahyarham yang sangat menyentuh hati. Sangat mendalam setiap kata-katanya..
Meninjau di akaun Instagram milik xtra_my, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan lakonan Allahyarham Jalil Hamid. Difahamkan, video tersebut kembali tular di kalangan warganet yang meluahkan rasa rindu terhadap lakonan Allahyarham.
Menerusi video berkenaan, ia merupakan sebuah iklan Hari Raya yang diterbitkan pada tahun ini oleh Bank Simpanan Nasional (BSN). Jalan cerita yang dipaparkan cukup menyentuh hati dan sarat dengan nilai kekeluargaan yang dekat dengan masyarakat.
Lakonan Allahyarham Jalil Hamid dalam iklan tersebut memberi kesan yang mendalam. Setiap emosi yang dibawakan kelihatan begitu tulus dan ikhlas. Cara penyampaian Allyarham berjaya menyentuh hati ramai yang menonton. Tidak hairanlah ramai yang masih mengingati setiap watak yang dilakonkannya.

Cara Allyarham menghidupkan karakter yang diberikan menjadikan setiap babak terasa begitu realistik dan dekat di hati penonton. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa tersentuh setelah menonton video ini. Antara komen-komen menarik adalah :
” Tngok bnyak kali.. Sure nangis jgk.. Lakonan arwah sngat berkesan. Moga dicucuri rahmat ke atas rohnya.. Amin.. “
” Apa yg disampaikan mendalam ertinya.. Sgt abah abah air mukanya… Allahu… Terima kasih utk tiap naskah mu uncle Jalil Hamid
” Kalau tengok arwah berlakon mesti mengalir air mata, sebab watak yang arwah bawak tu menjadi sangat.. Tak sedar aku pun tengah menangis ni.. “
” Watak apa pon lakonan arwah takpnh mengecewakn… Terimakseh arwah abg Jalil Hamid yg slu buat kmi terkesan dg watak2 yg penuh penghayatan dn pstu kmi rindukn watak lakonan2 spti itu… Alfatihah.. “
” Arwah klu berlakon mmg terkesan. Selalu mesti cerita sedih2.. Tgok iklan nie pun dh tersentuh & rasa sebak… Sygnya tak pernah nmpk kluar kt TV.. “
” Mcm faham je cing ye org tu berlakon… Lepas ni lakonan arwah dah tak ada lagi.. Moga arwah ditempatkan bersama org yg beriman.. Alfatihah utk Arwah Jalil Hamid.. “
” Al-fatihah dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah pak jalil hamid.. Suka sangat lakonan arwah.. Sedihh lah.. Dia dah tak ada.. “
Ramai di kalangan warganet menggelarkan Allahyarham sebagai ‘abah’ kerana lakonannya sebagai seorang bapa yang begitu menyentuh jiwa. Gelaran itu jelas menggambarkan betapa besarnya impak yang ditinggalkan oleh Allahyarham dalam dunia lakonan tanah air.

Silakan SHARE..
Sumber : IG xtra_my, TikTok bsnmalaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti7 hours ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti4 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia lah yang ada, aku cerita dia duduk dengar sampai dengan dia sekali menangis.. ” – Azar Azmi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti5 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa ni pedih, mata masuk habuk. So touching, sahabat dunia akhirat.. ” – Komen Netizen

