Connect with us

Artis / Selebriti

” Selama ni Ika ingat Ika yang sabar dengan ayah, sebenarnya.. ” – Afiqah Jalil

Afiqah Jalil kongsi video throwback dan sikap ayahnya, Allahyarham Jalil Hamid ketika merakam lagu raya bersama buat ramai tersentuh. Sebaknya baca perkongsian Afiqah..

Meninjau di akaun Instagram milik anak kepada Allahyarham pelakon veteran, Jalil Hamid iaitu Afiqah Jalil, telah dikongsikan sebuah video throwback yang memaparkan detik mereka merakamkan lagu raya bersama. Video tersebut memaparkan momen penuh bermakna antara anak dan ayah yang kini hanya tinggal kenangan.

Menerusi perkongsian itu, Afiqah turut berkongsi sikap Allahyarham ayahnya yang sentiasa melayani kerenah dan perangainya dengan penuh kasih sayang. Sikap penyabar yang ditunjukkan oleh Allahyarham jelas terpancar dalam setiap detik yang dirakamkan.

Menurut Afiqah, ketika sesi rakaman tersebut berlangsung, juruvideo tidak dapat hadir seperti yang dirancang. Disebabkan itu, dia terpaksa mengambil alih tugas merakam video tersebut sendiri. Walaupun berdepan dengan kekangan tersebut, Allahyarham Jalil Hamid tetap memberikan kerjasama yang sangat baik.

Malah, arwah turut membantu Afiqah sepanjang proses rakaman berjalan dengan lancar. Perkongsian dan luahan oleh Aifqah itu juga membuat ramai yang membacanya menjadi tersentuh dan sebak. Sehingga kini, video Afiqah bersama arwah ayahnya telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang menyukai perkongsian oleh Afiqah dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :

” Comelnya, ni la seronok bila ada video & gambar. Semua tu kenangan untuk kita.. Kuat yer sis, jangan bersedih lama2.. “

” Sy rasa apa kakak rasa.. Sakitnya kehilangan org tua, masa mereka sudah sampai, masa kita belum, yang pasti kita juga akan menyusul mereka.. Semoga hati kita diberikan kesabaran dgn sabar yang baik.. “

” Tq sbb refresh kan lagu neh semula masa tu. Very nice song. Al Fatihah utk arwah.. Ni lah kenangan terakhirnya buat semua para peminat.. “

” Ayah awk hebat tau Afiqah.. Semoga Allah swt permudahkan urusan ayah awk disana.Semoga Allah swt permudahkan juga urusan awk sekeluarga, Aammmiinn2.. “

” I takleh tgklah. I rasa sedih. Thanks to you for all the recent collection of you and your dad being together. I mula follow bila tgk arwah buat LIVE Kat TT.. “

” Ayah yang hebat begitu juga awak anak yang hebat afiqah.. Semoga setiap doa menjadi pengubat rindu awak dengannya.. “

” Tengok video ni sayu hati, teringatkan drama² arwah yg banyak menyentuh hati.Kehilangan arwah buat hati ni terkesan sama.. “

Bukan itu sahaja, Afiqah juga menyifatkan Allahyarham sebagai seorang ayah yang sangat penyabar dalam melayan setiap permintaan dan kerenahnya. Apa-apa pun, salam takziah diucapkan kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Jalil Hamid. Semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan serta moga kenangan indah bersama Allahyarham menjadi pengubat rindu buat keluarga yang ditinggalkan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG afiqahjalil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Corsx

Trending

Copyright © Berita Kopak