Connect with us

Artis / Selebriti

” Bagi rakyat Malaysia, beliau adalah seniman lagenda. Namun bagi aku, dia.. ” – Harith

Perkongsian luahan hati anak lelaki Allahyarham Jalil Hamid, Harith mengenai arwah bapanya buat ramai tersentuh. Sebaknya baca perkongsian Harith, baca ayat pertama saja pun dah sayu..

Semalam, kita dikejutkan dengan perkhabaran duka apabila pelakon veteran, Jalil Hamid telah peri buat selama-lamanya. Berita pemergian Allahyarham dikongsikan sendiri oleh anak perempuannya, Afiqah Jalil menerusi akaun Instagram miliknya. Menerusi perkongsian tersebut, Afiqah memaklumkan bahawa bapanya telah menghembuskan nafas terakhir sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

Meninjau pula di akaun Instagram milik salah seorang anak lelaki Allahyarham, Harith, telah dikongsikan luahan perasaannya selepas pemergian bapa tersayang. Menurut Harith, bagi rakyat Malaysia, bapanya merupakan seorang seniman legenda yang sangat dihormati dan disegani dalam industri seni tanah air.

Namun begitu, bagi dirinya dan adik-beradik yang lain, Allahyarham bukan sekadar figura seni, tetapi juga sumber kekuatan mereka ketika menghadapi saat-saat sukar. Harith turut menulis bahawa sepanjang hayatnya, Allahyarham sentiasa hadir memberikan sokongan, semangat serta tunjuk ajar dalam pelbagai aspek kehidupan.

Kini, ketiadaan insan tersayang itu amat dirasai apabila tiada lagi tempat untuk mereka bergantung harap. Di akhir penulisan Harith tersebut, dia mengatakan bahawa sekarang hanyalah tinggal nasihat, kenangan, dan segala jasa yang pernah dicurahkan oleh Allahyarham sepanjang hayat buat anak-anaknya.

Ikuti perkongsian di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang turut menitipkan ucapan takziah buat Harith dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebu adalah :

” Salam takziah bang. Al fatihah.. .Semoga ayahnya ditempatkan bersama org beriman dan beramal soleh, Aamiin.. “

”  Tuan, percayalah.. Dia dah jadi ‘ayah’ ramai org..  Trlalu ramai yg melihat & merasa dia disaat masing2 telah kehilangan ayah sbelumnya. Sy sndiri.. Melihat stiap karya arwah sbgai ayah, benar2 lihat ‘abah’ yang dh pergi 7 tahun lepas.. “

” Dia juga ayah kami semua yg meminatinya… Membesar dgn lagu, & lakonanya… Kehilangan yg sangat dirasai… Watak (abah) yg selalu dilakonkan memberi kesan yg mendalam untuk masyarakat.. “

” Dik.. Bertabahlah dan berbyk2kan bersabar.. Moga adik harith sekeluarga kuat serta redha dgn pemergian arwah. Semua kita mnusia ini akn rmerasai apa yg harith rsa skrg ini.. “

” Salam takziah beb.. Sedih aku tgk pic ni… Semoga kau dan ahli keluarga yang lain kuat dan semoga Allah permudahkan urusan semua.. Al fatihah.. “

” Salam takziah Harith dan seluruh ahli keluarga.. semoga Allah merahmati dan tempatkan arwah bersama orang-orang yang beriman dan beramal soleh.. “

” Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah buat Harith sekeluarga atas pemergian ayahanda yang tersayang. Semoga seluruh ahli keluarga diberikan kekuatan dan kesabaran yang tinggi. Moga roh arwah dicucuri rahmat dan tenang di sana. Al-Fatihah.. “

Perkongsian menyentuh hati ini telah membuatkan ramai warganet berasa sebak ketika membacanya. Rata-rata turut menzahirkan ucapan takziah serta kata-kata semangat buat Harith dan seluruh ahli keluarga, agar mereka terus tabah menghadapi dugaan ini.

Silakan SHARE..

Sumber : IG pakharithjalil

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak