Artis / Selebriti
” Pesan terakhir ayah. Kadang saya selalu pelik dengan ayah.. ” – Afiqah Jalil
Afiqah Jalil kongsi pesanan akhir arwah Jalil Hamid untuk anak-anak yang sempat dirakamkan beberapa bulan lalu buat netizen sebak. Pesanan yang menusuk ke hati dan tidak akan ada lagi selepas ini..
Memasuki hari ke 3 setelah pemergian arwah Jalil Hamid, rindu semakin membungkam di hati ahli keluarga arwah. Anak perempuan arwah Jalil, Afiqah Jalil antara yang banyak berkongsi kenangan bersama arwah ayahnya ini di akaun media sosial miliknya.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Afiqah Jalil dan Tiktok shinoreeda, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan video pesanan daripada arwah Jalil. Menurut Afiqah, pesanan ini dirakamkan pada bulan Ramadhan baru-baru ini.
Afiqah tidak sempat berkongsikan video ini ketika raya baru ini. Mungkin sudah Allah aturkan, pesanan ini hanya dapat dikongsikan setelah arwah tiada. Pesanan terakhir yang sangat bermanfaat dan ditujukan khas untuk anak-anak mengenai keluarga.

Ini adalah salah satu sifat arwah yang sering membuat Afiqah merasa pelik. Namun dalam masa yang sama, Afiqah kagum dengan keperibadian ayahnya itu. Jalil membuktikan dia berjaya menjadi seorang ketua keluarga yang sangat dikagumi dan dibanggakan oleh ahli keluarganya.
Jom tonton video di bawah :
@shinoreeda Ini mmg aktiviti kami di pagi hari raya..sebelum bermaaf2an ..arwah pokde(😭) akan memberikan kepada kami anak2 dan cucu tazkirah dan pesanan di pagi raya pertama..tahun 2025 kami beraya bersama sbb giliran semua beraya di Masai..tahun 2026 ni beraya di rmh mertua masing2..semoga Allah angkat segala kebaikan pokde kepada kami anak2 dan juga pada orang lain..ya Ampunilah dan rahmatilah pokde ku..Abdul Jalil bin Abdul Hamid…al fatihah..aaminnn(byk lagi nak cakap…tapi hati ni jadi terlalu sebak) utk Mokde ..along doakan semoga mokde tabah dan kuat menjalani hidup dan begitu juga pada Ibuku yang merupakan kakak kedua kepada arwah Pokde.😭😭😭
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Selepas arwah Siti Sarah, Arwah Nazirul Hakim, arwah Pak Jalil Hamid beri kesan mendalam.. lepas pemergiannye..orang baik2 semua..semoga Allah balas syurga aamiin ya Allah.. “
” Al-Fatihah( dibaca)semoga rohnya dicucuri rahmat, diampunkan dosanya, semoga arwah Jalil Hamid tergolong dikalangan org2 beriman, Aamiinn2 Allahumma Aamiinnn.. “
” Nasihat yang sangat bermakna.. this in truely old man…macam arwah abah sy …ceruk mana pn sanggup pegi walaupun balik ari..mcm xterbaloi kan kte rasa..skrg mak kami pulak…susahnya kita nak menolak ..jadi serba salah…die tetapppp mujuk anak2 untuk pegi sama2…
” Ayah2 mmg selalu berpesan mcmni… sedihnya.. mesti arwah seorg yg tegas bab agama kan walaupun dia pelakon….semoga syurga tempat arwah abah Jalil Hamid..aamiin.. “
” Arwah jalil hamid di dlm drama dan realiti mmg sama.. Sering berpesan.. Pesan2 ayahanda masyallah.. Orang baik bila pergi semua yang baik akan keluar.. mudah mudahan syurga tempatnya berehat .. “
” Sifat kepimpinannya selain berlakon dengan berkesan, menyebabkan beliau dihormati kaum keluarga.. nasihat yang akan menjadi peringatan untuk seluruh keluarga, pesan terakhir daripada seorang yang bergelar ayah.. “
” Rasa mcm saya kehilangan Ayah utk kali kedua. aura arwah ni sama mcm bapa2 kita jgk . Rinduuu yg tiada penghujung . Alfatihah utk Ayah kita yg telah tiada.. “
Betapa arwah Jalil mengutamakan ikatan kekeluargaan dan itu lah yang diterapkan dalam diri anak-anaknya. Pesanan terakhir yang tidak hanya berguna untuk anak-anak arwah, tetapi juga untuk orang ramai supaya sentiasa menjaga ukhuwah kekeluargaan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Afiqah Jalil, Tiktok Shinoreeda
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel
-
Artis / Selebriti7 days ago” Maaf bukan jeling tu kak, saya ingatkan.. ” – Thalita

