Artis / Selebriti
” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
Video moment Datin Lisa Surihani dan Dato’ Yusry Abdul Halim bersama anak-anak mereka sebelum berlepas untuk menunaikan fardhu haji buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Lisa dan Yusry peluk sorang-sorang anak-anak mereka..
Ramai yang mengimpikan untuk ke tanah suci Mekah bagi mengerjakan rukun Islam kelima iaitu ibadah haji. Dato’ Yusry dan Datin Lisa Surihani antara insan bertuah yang menjadi tetamu Allah pada musim haji tahun ini. Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Lisa Surihani, telah dikongsikan beberapa posting yang memaparkan Lisa dan Yusry dihantar ke Kompleks Tabung Haji untuk urusan perlepasan. Ke semua anak-anak Lisa iaitu Yahaira Leanne, Yusof Leonne dan Yunos Laith turut mengiringi kedua ibu bapa mereka ini.
Ibu Lisa juga turut kelihatan bersama-sama menghantar Lisa dan Yusry. Saat yang paling menyedihkan adalah ketika melihat Lisa dan Yusry meninggalkan pesanan untuk anak-anak mereka. Seorang demi seorang dipeluk oleh mereka sambil air mata berjujuran.

Perjalanan haji adalah perjalanan yang panjang dan pastinya meninggalkan anak-anak bukan sesuatu yang mudah untuk Lisa dan Yusry. Namun ini lah nilai pengorbanan yang harus dilakukan demi mengejar redha Allah dan mendapat keberkatanNya.
Jom tonton video di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Crying watching this at the same time happy seeing you leaving for Hajj. Semoga mendapat Haji yg mabrur Lisa & Yusry.. “
” Selamat pergi dan pulang lisasurihani yusryabdhalim . Semoga sentiasa dalam jagaan Allah. Sihat selalu. Dipermudahkan segala urusan.. “
” Im crying. Knape aku yg nangis. YaAllah… semoga aku dan suami juga dpt kesana sama2 menunaikan haji. semoga di permudahkan segala urusan lisa.. “
” Sebak sgt, teringat masa both my parents went, way bck 80’s, this was the scemario, hugging , crying…was really sad, when after wukuf got a telegram my dad passed away at ARafah.. “
” Saya pun menangis jugak tengok video ni, saya akan berangkat ke sana 20/5 nanti. part nk tinggal anak-anak memang paling tak tahan.. merambu air mata tengok.. “
” Perjalanan haji sangat indah..Semoga mendapat haji mabrur..part paling sedih melepaskan anak2..InsyaAllah anak dalam jagaan Allah.. “
” Sebaknya tengok the kids.. semoga selamat pergi & balik ye mendapat haji mabrur in syaa Allah amin.. “
Sebak hati warganet melihat moment Lisa dan Yusry mengucapkan selamat tinggal kepada anak-anak mereka. Semoga perjalanan haji Lisa dan Yusry berjalan dengan lancar dan segala urusan di sana dipermudahkan oleh Allah serta mendapat haji mabrur, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Lisa Surihani
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dia frust, dia memang nak pergi.. ” – Afiqah Jalil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bila saya bagi hadiah tu, dia senyum, dia happy, dia suka.. ” – Harith Jalil
-
Artis / Selebriti1 day ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hawa, Mira nak tanya something ni.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Menitik air mata tengok Ara peluk daddy tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 hours ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lala, dalam hati daddy ni ada 2 orang je perempuan yang daddy cinta.. ” – Syamel

