Artis / Selebriti
” Lisa ni one in a million, isteri dari syurga. Layanan istimewa untuk suami, hebat Lisa.. ” – Komen Netizen
Video moment ketika Lisa Surihani membantu Yusry Abdul Halim bersiap di belakang pentas Konsert GENKRU raih pujian ramai. Contoh terbaik isteri siapkan suami. Isteri mithali sangat Lisa ni, untung Yusry..
Konsert GENKRU telah pun berakhir dan KRU menerima 2 pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Record. Ianya juga satu kejayaan untuk KRU kerana walaupun setelah sekian lama mereka tidak membuat konsert, konsert mereka mendapat sambutan yang hangat daripada peminat.
Di sebalik kelancaran persembahan trio adik beradik, Norman, Yusry dan Edry, mereka turut dibantu oleh ramai kru dari segi persiapan pakaian dan pentas. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Shaannzzdr_, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana di belakang pentas ketika KRU sedang bersiap untuk persembahan seterusnya.
Untuk Yusry, dia bertuah kerana isterinya, Lisa Surihani setia menemani dan membantu sehabis daya agar semuanya berjalan dengan lancar. Menerusi video ini, kelihatan Lisa membantu Yusry memakai baju dan turut mengelap wajah Yusry yang dibasahi peluh.

Cara Lisa melayani Yusry itu meraih pujian ramai warganet. Sehabis baik Lisa sebagai isteri berkhidmat untuk suami tercinta. Memetik komen warganet, Lisa adalah isteri kurniaan terbaik yang Allah berikan kepada Yusry. Selamanya Lisa suri dalam hati Yusry.
Jom tonton video di bawah :
@shaannzzdr_ so sweet 💝💝 semoga kekal ke jannah.. #kru #yusri #lisasurihani #konsert #genkru #sweet
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 46 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Untungnya Yusry dapat Lisa Surihani.. nampak dari gerak laku dia melayani Yusry.. dia isteri yang baik.. itulah yg sebaiknya. isteri menyiapkan suami, bukan org lain.. “
” Baguslah wife dia…. Allah dAh beri suri yang terbaik untuk yusry… tetaplah Lisa Surihati Yusri smpai bila-bila.. lisa pnya take care mcm mak2 siapkan ank buat persembahan.. sweet sgt.. “
” Bila tengok lisa denGan Yusri. teringat pulak arah Siti Sarah Gan Suib.. isteri dari syurga.. Layanan istimewa untuk suami.. Hebat Lisa.. “
” Lisa ni 1 in a million.. Lisa Surihani team work suport suami dia.. Ini lah org ckp di sebalik kejayaan suami ada isteri yg terbaik.. “
” Bagi lisa dream come true tu.. sebab dia peminat yusri dari dulu lagi.. seronoknya tgok pasangan Yusri dgn Lisa.. bahagia saling melengkapi.. “
” That phrases …“Tanpa isteriku, aku tidak seberjaya ini” .. terbaik lisa jaga yusri on top.. terbaik dapat wife supportive macam ni.. “
” Lurve sgt lah sikap Lisa as isteri kpd sorg selebriti. wpun dia sendiri sorg selebriti terkenal juga, tp as isteri dia lebih utamakan suami drp title dia sbg artis ternama. Sempoi dan sgt supportive.. “
Tumpang bahagia warganet melihat cara Lisa melayani dan membantu Yusry sepanjang konsert berlangsung. Setiap kejayaan seorang lelaki pasti ada seorang wanita di belakangnya. Semoga Yusry dan Lisa sentiasa dalam rahmat Allah dan berbahagia sampai ke syurga.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Shaannzzdr_
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder

