Artis / Selebriti
” Senyum je Edry tengok gelagat kak ipar. Edry yang blushing, sweet sangat Lisa.. ” – Komen Netizen
Video gelagat spontan Lisa Surihani ketika suaminya, Yusry Abdul Halim sedang bergambar bersama peminat raih perhatian ramai. Eh sempat Lisa menyelit macam tu. Senyum lebar Edry tengok telatah Lisa, sweet sangat..
Comeback yang dilakukan oleh kumpulan rap adik beradik popular, KRU ternyata satu percaturan yang tepat. Sememangnya nama KRU tidak pernah padam dalam hati peminat dan bersatunya kembali Norman, Yusry dan Edry mengembalikan nostalgia zaman kegemilangan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Meletop, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Norman, Yusry dan Edry beramah mesra bersama peminat selepas selesai bersiaran di rancangan MeleTOP semalam. KRU telah pun diundang ke set MeleTOP untuk mempromosikan single baru mereka, Voodoo.
Menerusi video ini, dapat dilihat Norman, Yusry dan Edry bergambar bersama peminat mereka. Tanpa semua sedari, Lisa Surihani ada di kalangan orang awam di hadapan KRU. Lisa membuat sesuatu yang tidak diduga dan ianya membuatkan ramai yang ada di situ tersenyum.
Telatah spontan Lisa yang sweet bersama Yusry itu diperhatikan dengan senyuman sahaja oleh Norman dan Edry. Peminat yang ingin bergambar bersama kumpulan KRU juga terkejut dan terkesima melihat Lisa tiba-tiba sahaja muncul di hadapan Yusry.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Macam tu je dia menyelit, Lisa sweet sangat.. aku sampai tak tau dah nak lipat ape… lipat bumi dah ramai yang lipat.. suka tengok pasangan ni.. “
” Sweet aduhai… igtkan peminat yusry tadi.. rupanya peminat sehidup semati.. perempuan kalau dia dktkan diri dgn Allah, dia akn layan suami dia dgn penuh ikhlas.. “
” Wehh.. ingt pompuan mana td lap kan peluh, sekali pusing… alahaiiiiii.. lisa rupanya.. kenapa sweet sangat ni.. jeles weh.. “
” Edry garu kepala…. whattt akak ipar aku nie haha.. Dia buat2 lap peluh maklumla sbelah tu gigirl..hahaha.. gegirl sebelah pun terkesima.. “
” Senyum je Edry tgk gelagat kak ipar dia.. terkejut prempuan sebelah tu. lisa memang random tapi comel sangat.. “
” Tanjat tau tiba-tiba ade netizen melompat lap peluhh yusry.. lisa ni kan sweet sangat.. Edry pulak blushing lisa buat camtuEdry pulak blushing lisa buat camtu.. comel.. “
” Adik dan abg ipar dia pon dah faham Lisa mcm mne hehe. bersemut screen tau tengok Lisa punya gelagat ni.. Edry dah senyum lebar.. “
Beruntung Yusry ada isteri yang sangat prihatin dan solehah seperti Lisa ini. Sudah lah cantik, baik pula orangnya. Apa-apa pun, semoga Lisa dan Yusry berbahagia selalu dan perkahwinan mereka dirahmati Allah. All the best juga buat KRU untuk lagu baru mereka.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Meletop, Tiktok Meletop
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Cara dia berdiri, gerakan tangan dia sebijik macam arwah ibunya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Awesome je Liza menyanyi, macam ni pun dah meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ooo Rosyam, candangan dia untuk i menikah dengan Fattah Amin tu.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen