Artis / Selebriti
” Orang jarang pakai makeup ni, sekali makeup memang naik seri. Cantik sangat Ina.. ” – Komen Netizen
Gambar-gambar photoshoot Ina Naim dan suaminya, Mohd Khairul Rizal memakai busana songket pengantin raih perhatian warganet. Alahai cantiknya Ina, betul-betul naik seri makeup macam ni..
Setelah hampir setahun pemergian arwah Suhaimi Saad,balunya Ina Naim kembali menjadi isteri kepada Mohd Khairul Rizal. Majlis akad nikah pasangan ini berlangsung di kediaman ibu bapa Ina dan pasangan pengantin ini diraikan dalam sebuah majlis yang sederhana.
Sebagaimana pasangan pengantin lain, Ina dan Khairul juga ada membuat sesi photoshoot. Ianya sebagai kenangan mereka bersama dan untuk tatapan anak cucu mereka nanti. Meninjau entry di akaun Instagram Noziejoystudio, telah dikongsikan gambar dan video ketika sesi photoshoot itu berlangsung.
Ina dan Khairul memilih busana songket berwarna grey sebagai persalinan mereka. Bak kata pepatah, bagai pinang dibelah dua, mereka berdua memang sepadan. Ina yang jarang dilihat bersolek tebal begini kelihatan berbeza dari sebelum ini dan sangat anggun.

Ramai yang memuji kecantikan Ina dan seri pengantinnya itu naik. Setelah pelbagai dugaan hidup yang Allah berikan kepada Ina, Allah jua yang memberikan kebahagiaan kepada Ina. Ina kini kembali tersenyum bahagia bersama suami tercinta.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ina naim ni aura dia lain macam.makin cantik. betullah org ckp kalau arwah suami rehda Dan maafkan Kita ibarat Kita dilahirkan semula tanpa dosa.. “
” Kepada Ina naim awak mmg berhak untuk cantik di sayangi dan berbahagialah bersama sang suami serta Anak Ii tersayang.. “
” Cantik aturan Allah swt.. Dia isteri yg baik hasil terdidik dari suami yg baik arwah SS .. Apasal ye…bila tgk ina ni tak tua2…makin muda ada lah.. semoga berbahagia dgn keluarga tersyg ina.. “
” Cantiknyaaa Ina… naik seri terus. Orang jarang pakai mekup ni sekali makeup memang naik seri.. nape aku tgk husband dia mcm Ben Amir ye.. “
” Berserinya Ina Naim, lawa sangat. Comel la ina ni. Muka dia tak makan tua. Semoga bahagia bersama pasangan dan anak-anak. Aaamiinn.. “
” Comelnya Ina. Berseri2 je wajah. MaashaAllah. Tabarakallah. Tk nmpk mcm ibu anak 4. Ayu n anggun.. “
” Suami kedua pun baik, sebab tu berhak dapat ina naim yang baik, suami yg baik untuk isteri yg baik.. “
Tidak puas mata memandang kecantikan yang Ina miliki itu. Umur semakin berusia tetapi Ina kelihatan semakin muda. Semoga ikatan perkahwinan Ina dan Rizal ini sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kebahagiaan yang berkekalan sehingga ke akhir nyawa.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Noziejoystudio
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” 4 tahun saya tak bercakap dengan dia. Tiba-tiba je saya terdetik hati.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ini baru betul definisi ‘tall, dark and handsome’. Pakej betul Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya bukan cakap Hussain tak bagus tapi.. ” – Datuk Syafinaz
-
Artis / Selebriti4 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Suka tengok tangan Yusri, sempat sentuh isteri ye. Nampak sangat sayang Lisa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti4 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden

