Artis / Selebriti
” Ibu mintak abang jangan.. ” – Ina Naim
Video Ina Naim menangis memberi ucapan ketika sambutan ulangtahun kelahiran anak sulungnya, Hadie Elfardie buat netizen tersentuh. Sebabnya dengar kata-kata Ina, lebih-lebih lagi sebut tentang arwah Suhaimi..
Tanggal 25 April merupakan tarikh ulangtahun kelahiran anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Hadie Elfardie. Tahun ini, sambutannya lebih meriah kerana Ina menganjurkan majlis sambutan untuk anaknya itu di Setia Alam bersama ahli keluarga, sahabat karib Hadie dan kelab peminat Hadie.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Norafizaabubakar, telah dikongsikan satu video yang memaparkan ucapan Ina khas untuk Hadie. Ina pada awalnya kelihatan begitu ceria, namun hampir ke penghujung ucapan, hatinya mula sebak untuk menghabiskan ucapannya itu.
Ina berkongsi kepada semua perihal Hadie antaranya minuman kegemaran Hadie dan apa yang tidak digemarinya. Gelak ketawa daripada tetamu yang hadir kedengaran ketika Ina bercerita mengenai Hadie. Suasana mula sepi ketika mendengar suara Ina bergetar menahan tangisan.

Hadie yang menyedari ibunya itu ingin menangis mengambil tisu dan berdiri di sebelah ibunya. Air mata Ina jatuh juga ketika memberikan pesanannya kepada Hadie di penghujung video. Betapa risaunya Ina terhadap Hadia dan Ina turut menyebut mengenai arwah Suhaimi.
Jom tonton video di bawah :
@norafizaabubakar Auto sebak & ikut nangis dengar wish Ina untuk Hadie 🥺…di sebalik anak yang kuat dan baik pasti ada ibu yang hebat membesarkan…tahniah buat ina juga tidak dilupakan arwah ayahnya, kerana berjaya mendidik dan menjaga Hadie menjadi insan sebaik ini. Semoga Hadie terus menjadi kebanggaan ibu dan kasih sayang antara kalian kekal sampai bila-bila…sekali lagi HAPPY BIRTHDAY HADIE…semoga itu..ini & yang baik-baik saja untuk hadie 🤍✨🎂 @ADI? @INA SUHAIMI @Hadie FC #HappyBirthdayHadie #ehmadhadieelfardie #hadiejourney #hadiefc #adi
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Kasih sayang, doa dn pesanan seorang ibu itu tidak ada galang gantinya. Kuat ibu…..in Sha Allah, Allah akan jaga abang.. “
” Dengan kita2 sekali nangis.Itulah tulusnya doa dari seorang ibu.Semoga Ina tetap jadi ibu ysng trbsik untuk Hadie.. “
” Dan Hadie tetap jsdi ansk yang trbaik utk ibu ina ,arwah ayah Ss & Daddy Mk. Mudah2an Allah permudahkan semua urusan hidup Hadie Sekeluarga.Dimurahkan rezeki yang melimpah ruah.Aamiin.. “
” Ikut nangis, nasib baik anak tak nampak mama nangis tadi.. sedih ucapan ina tu.. harapan tinggi untuk hadie.. “
” Part paling touching sgt.. semoga doa2 ibu Ina diangkat Allah swt..semoga keluarga ini sentiasa dalam pelukkn rahmat Allah swt.. “
” Part ni sy nangis..doa ibu, moga ADI? dalam jagaan Allah selalu.. Selamat Hari Lahir Adikanda Hadie semoga sentiasa dlm lindungan Allah swt Dan diperpanjangkan rezeki.. Aamiin AamiinYa Rabbal Aalamiin.. “
” Ucapan yang cukup bermakna daripada Ina untuk anak sulungnya. Solat, Quran jangan tinggal. semua tu apa yang arwah SS terapkan dalam diri anak-anak sejak dulu. Moga Hadie akan terus istiqomah.. “
Ucapan yang tulus dan ikhlas daripada seorang ibu untuk anak sulung tersayang. Bukan hanya Ina yang menangis tetapi yang mendengarnya juga turut tersentuh hati. Semoga semua doa Ina untuk Hadie dimakbulkan oleh Allah dan Hadie sentiasa istiqamah mengikut semua didikan yang ditinggalkan oleh arwah ayahnya.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok norafizaabubakar
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sebak sangat, hanya anak broken family je faham feelings ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Still emotional thinking about last night. Also, so grateful to my.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aku serius terkejut sebab tak expect sedap. Terbeliak jugak aku dengar dia nyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara serak Ayden dekat hujung tu win. Sedih pula dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part humming tu suara sebijik macam arwah Sarah. Dengar terus nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Key note suara dia macam Hafiz Suip. High note dia tarik pun sedap, suara paling solid.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen

