Artis / Selebriti
” Takkan nak kahwinkan pulak.. ” – Sharifah Shahirah
Video Sharifah Shahirah dan Ina Naim buat trend Tiktok mengenai anak-anak mereka, Oddah dan Hadie buat ramai terhibur. Kelakar betul lah Shiera dan Ina ni. Dua-dua masuk air, haha..
Meninjau di akaun TikTok milik Ina Naim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Ina bersama pengacara terkenal, Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa Shiera. Perkongsian santai itu mencuri perhatian ramai apabila kedua-duanya berbual mengenai anak masing-masing iaitu Hadie dan Oddah.
Pada awal video tersebut, Shiera sempat berkongsi yang anak perempuannya, Oddah dilihat agak rapat dan kerap berkepit dengan Hadie. Kenyataan itu kemudian disambut oleh Ina yang mengakui bahawa Hadie juga menunjukkan sikap yang sama terhadap Oddah.
Menariknya, kedua-dua mereka sempat berseloroh bertanya tentang cara untuk mengatasi situasi tersebut. Reaksi mereka yang kelihatan santai menunjukkan hubungan persahabatan yang akrab antara Ina dan Shiera. Malah, video ini juga mencerminkan sifat keibuan yang prihatin terhadap anak-anak masing-masing.

Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis pada video tersebut berbunyi ‘takkan nak kahwinkan pula’ membuatkan ramai yang menonton terhibur. Gurauan ringan itu terus menjadi perhatian dan menghidupkan lagi suasana ceria dalam video berkenaan.
Tonton video di bawah ini :
@inasuhaimi78 Mak mak ngenangkan anak2 #inanaim #shieraijoy #hadie #odda #fyp
Di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa suka dan terhibur mereka selepas menonton video ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ni kelakar, besan sama besan matching, haha.. Saya tgk banyak kali.. kak ina pening tak saya ulang lebih 50 kali ni.. Terhibur dgn gelagat mak mak ni.. “
” Adoiii… Akk tengok banyak Kali, biar mak2 Hadi Dan odda penat geleng kepala.. Tp aku tabik mak mak amek part make sure anak2 tak terbiar.. “
” Eeeee suka lahhh video nii, mak mak sangat hehe. semoga Adi dan Odah berjodoh . Confirm wedding of the year nanti.. “
” Hahahaha Ya Allah pasal apa yg comel sgt besan berdua nie.. Kalah Auddra Elfardie kalau mcm nie.. Rasa nak buat keychain.. “
” Dilema pening mak mak hanya mak mak yang tahu.. Muka ina function teroksss, 10x ulang tgok.. Syok plk layan, haha.. “
” Kelakar ar mak2 ny pun ni tanda dah stju ke, hahaha.. Begitu lah bila mak2 yg di lema anak bercinta, ahha sabar2.. “
” Comel sangat ni mak2 tapi masej tetap sampai. Kami sokong 200 peratus, moga2 Oddah dan Hadie akan berjodohan satu hari nanti.. “
Selain itu, warganet turut menyakat dengan mengatakan Ina dan Shiera bakal menjadi besan yang sporting. Ramai juga yang mengakui seronok melihat kemesraan serta hubungan baik antara kedua-dua selebriti tersebut. Apa-apa pun, perkongsian video itu hanyalah sekadar hiburan Ina bersama Shiera sahaja.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok inasuhaimi78
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti9 hours ago” Pertama kali tengok bekas suami Che Ta, rupanya kacak orangnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti4 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti1 day ago” Abby memang tak boleh terima ke orang kaya dari dia. Anak sendiri pun dia dengki ke.. ” – Netizen

