Artis / Selebriti
” Rasa sayu tengok Mawi dan Hadie di pentas yang sama, Alhamdulillah.. ” – Komen Netizen
Video anak Ina Naim, Hadie Elfardie berduet bersama Mawi dan kumpulan Rabbani di rumah terbuka Munsyid Malaysia. Fuh meremang dengar suara Hadie dan Mawi, memang padu lah..
Tuah ayam nampak di kaki tetapi tuah manusia tiada siapa yang tahu. Siapa sangka dan siapa menduga, anak Ina Naim iaitu Hadie Elfardie akan menyanyi sepentas dengan mantan tunang Ina, Mawi World. Segalanya adalah takdir Allah dan cukup indah perjalanan yang Allah aturkan untuk Mawi dan Ina.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Munsyeed dan Hadie FC, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Hadie berpeluang berduet bersama Mawi dan kumpulan Rabbani. Hadie hadir ke majlis rumah terbuka Munsyid Malaysia yang berlangsung di De Putra, Putrajaya semalam.
Mawi juga turut hadir ke jamuan ini. Rabbani secara spontan menjemput Mawi dan Hadie untuk menyanyi di pentas bersama-sama lagu popular mereka, Intifada. Bagi penyanyi baru seperti Hadie, ianya suatu peluang keemasan dapat bersama penyanyi berpengalaman seperti Rabbani dan Mawi.

Ramai yang ternanti-nantikan paduan suara Mawi dan Hadie ini. Ternyata, suara mereka berdua sesuai kerana memiliki tone yang hampir sama. Lunak dan merdu, memang merinding mendengar suara Hadie dan Mawi ini. Beruntung tetamu yang hadir kerana dapat melihat secara live persembahan mereka.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Siapa sangka anak Ina akan berpadu suara dengan Mawi. Sedap gila suara Hadie, padu suaranya. Suara Mawi pun sedap jugak.. “
” MasyaAllah… peluang Hadie berduet dengan mereka bukan biasa-biasa. Inilah yang dinamakan rezeki, datang pada waktu yang tepat.. “
” Rare tapi real, Hadie feat Mawi. Rasa sebak tengok Mawi dan Hadie menyanyi bersama macam ni. Dua-dua suara merdu.. “
” Rasa sayu tengok Mawi dan Hadie di pentas yang sama, Alhamdulillah. suara mawi dgn hadie dua dua masuk..mcm lagu bapak dan anak.. “
” Tak pernah terfikir Mawi akan bergandingan dgn hadie 1 pentas… kuasa dan rezeki Allah yg tentukan… alhamdulillah.. suara dorang memang serasi, hampir sama tone nya.. “
” Tngok mawi .. tngok hady.. ermmm… seni tak kemana kan..tetap jga akan bersama suatu masa nnti… contoh skrg.. mawi sepentas dgn hadie.. “
” Terbaik Mawi n Hadie…. suara seakan sama…. Hadie, well done. walaupun nyanyi lagu ni mungkin secara ad hoc , tapi hadie dpt nyanyi dgn baik sgttttt…. bangga ngan hadie… terus melangkah hadie.. moga terus berjaya… aamiinnnn.. “
Rezeki untuk Hadie kerana dapat berduet bersama Mawi dan Rabbani di atas satu pentas. Tidak mustahil sekiranya projek duet Mawi dan Hadie berjaya diadakan, ianya boleh mencetus satu fenomena baru dalam industri. Selamat maju jaya Hadie dan semoga Hadie juga boleh menjadi penyanyi hebat suatu hari nanti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Munsyeed, IG Hadie FC
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

