Artis / Selebriti
” Aku tak semewah apa yang ditulis di headline tu. Nak makan pun.. ” – Azar Azmi
Video penjelasan penuh Azar Azmi mengenai kontroversi kehidupannya yang penuh liku buat warganet sebak. Derita hidup Azar yang tak siapa tahu. Handphone pun tak ada, sedihnya dengar..
Azar Azmi antara pelakon wanita yang berbakat besar dan banyak drama lakonannya disukai orang ramai. Namun Azar menyepi daripada industri setelah mendirikan rumahtangga. Selepas itu, tiada lagi perkhabaran daripada pelakon cantik ini, namun peminat masih tercari-cari berita mengenai Azar.
Nama Azar kembali menghangatkan industri apabila Azar ditangkap atas dakwaan penyelewengan urusan jualan tanah yang nilainya jutaan ringgit. Menerusi perkongsian di akaun Instagram Melodi TV3, telah dikongsikan penjelasan penuh Azar untuk kali pertama setelah dibebaskan dari tahanan reman.
Siapa sangka, banyak derita yang Azar tanggung selepas bergelar isteri. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, itu lah yang Azar pernah alami. Azar menghadapi kesusahan sendirian demi membesarkan anak-anaknya. Malah handphone juga tidak Azar miliki dan diberikan oleh seseorang.

Menyentuh mengenai karier lakonan, Azar tidak pernah memberitahu ingin bersara dari lakonan, namun semuanya dilakukan demi menghormati permintaan keluarga suaminya. Banyak derita yang Azar luahkan dan Azar kini dalam proses untuk membina kembali hidupnya yang sudah musnah gara-gara kesalahan orang lain.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Bangkit sis, we all waiting for u on screen back.. Semoga lps ni Azar lebih berhati2. Sedih rasa. Kita ingt u dh happy with ur family.. but the ending was not that nice.. “
” Bila jumpa orang yang salah.. ingatkan dia hilang dia hidup selesa & happy tapi rupanya teruk derita dia tanggung. sedih dgr.. “
” Terus jalan walaupun berliku2 inshaAllah Allah maha baik azarazmi.. kami sentiasa mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan azar dan sentiasa dibuka pintu2 rezeki yg luas buat azar Aamiin Ya Allah.. “
” Allah kesian dia.. hanya dia dgn allah je yg tau apa yg dia hadap.. semoga azar sentiasa kuat, allah uji awak sbb allah tau awak mampu.. “
” Sedihnya, lama dah dia tanggung. .nampak dari riak muka&air mata dia tgh susah tu..moga dia dapat kehidupan baru yg lebih baik&besarkan anak² dia.. “
” Masyallah menitik air mata tengok/dgr cerita keadaan ujian azar azmi buat masa ni… paham sgt bila kita berharap mcri pasagn yg dpt bhagia kn kita tp sebaliknya blaku siapa kita utk melawan takdir Allah kn.. “
” Allah… Siapa sangka dia mengilangkan diri sebab kesusahan lepas mendirikan rumahtangga. Mederita…We want azarazmi yang dulu. Berkejaya and a successful businesswoman. We believe u boleh bangkit demi anak²… Stay strong.. “
Tersentuh hati warganet mendengar luahan hati oleh Azar ini. Kehidupan indah yang diimpikan namun berakhir dengan satu luka yang mendalam dalam hati Azar. Semoga Azar terus kuat untuk mengharungi segala liku yang mendatang dan didoakan Azar akan kembali bangkit.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Meloditv3
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bila dah makin lupa diri, buat majlis pun macam saya dah ma ti.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tak sampai ke klinik, dah terbersalin dalam kereta dan saya yang sambut sendiri.. “- Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Takde orang nak bergaduh dan tak berbaik dengan mak sendiri.. ” – Marissa Dania Hakim
-
Artis / Selebriti6 days ago” 3 hari saya tak makan, saya nangis je. Rayyan datang, dia.. ” – Rita Rudaini
-
Artis / Selebriti6 days ago” Allah mommy, nak baby ulang berapa kali.. ” – Jebat Jayden

