Artis / Selebriti
” Aku dengar dorang duk sebut mummy mummy. Aku bukak pintu, dua dua terkam aku.. ” – Azar Azmi
Video Azar Azmi bercerita mengenai anaknya ketika dia ditangkap dan moment bertemu anak selepas dilepaskan dari tahanan reman buat ramai tersentuh. Redha je Azar bagi anak-anak kat orang tak kenal. Part Azar anak-anak menangis panggil mummy tu paling menusuk hati..
Kisah hidup Azar Azmi masih lagi menjadi perhatian warganet. Perjalanan dan liku hidup Azar selepas menghilang dan kesusahannya mencari rezeki demi kelangsungan hidup menyentuh hati warganet. Banyak rahsia yang Azar simpan rapi sekali pun dirinya banyak terluka.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sembang Seram, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan podcast Sembang Seram yang mana Azar hadir sebagai tetamu jemputan bersama hostnya, Safwan. Banyak yang dikongsikan oleh Azar dalam podcast ini dan ada sebahagiannya tidak pernah didedahkan sebelum ini.
Azar berkongsi cerita bagaimana dia terpaksa melepaskan 2 orang anaknya kepada seseorang yang tidak dikenali supaya anak-anaknya ini dapat diserahkan kepada kakak kandungnya ketika Azar dalam tahanan reman. Azar berserah kepada Allah agar anak-anaknya ini terjaga.

3 hari berpisah dengan anak-anak buat pertama kalinya, ianya sesuatu yang menyeksakan untuk Azar. Anak-anak Azar juga jatuh sakit kerana rindukan mummy mereka ini. Moment Azar dilepaskan daripada tahanan reman dan kembali ke rumah kakaknya di Sungai Buluh paling meruntun jiwa.
Jom tonton video di bawah (tonton video penuh di hujung artikel) :
@sembangseram Ibu mana je weh yang tak sedih bila berpisah dengan anak2. Dengan anak tu masih kecik lagi, makan minum diorang macam mana 😭 #azarazmi #sembangseram #safwannazri #podcast #kisahseram
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 28 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Hanya orang ada anak je faham sedihnya bila terpisah dengan anak camni. Bila bab anak ni, memang tak boleh tolerate, auto jadi sedih berjurai air mata.. “
” Saya bangga dgn Azar… sbb dia tak kisah nak share apa yg jadi kat dia… Tanpa selindung.. langsung tak terkeluar dia salahkan sesiapa.. azar ni baik cuma tu lah, mungkin tersilap langkah, tersilap percayakan orang.. “
” Sebagai ibu hg memang Bagus..tp sebagai seorg isteri Dan diri sendiri mungkin nasib tk menyebelahi dia..Kita doakan dia berjaya dunia akhirat je la..ujian Allah tu.nasib Kita tk tau lagi..Allah Saja YG tau.. “
” Sampai hati suami Azar buat Azar mcm tu…sepatut nya dia lindungi azar dan anak2..bukan mempergunakan Azar..semoga kedepannya Azar baik2 saja..dan jgn toleh kebelakang lgi.. “
” Bru lps tgk podcast ni kt yt, sedih weiii.. serius best, yg x tgk lg gi la tgk.. Anak2 azar dpt insting yg sama mcm azar n aura azar sbgai seorang ibu anak2 dpt rse even masih x dgr sore / ketukan.. “
” Kadang dalam masa kita susah… Allah akan hantar pertolongan yg kita tak sangka2… dengan gerakan hati insan lain untuk pegang amanah.. “
” Bila cerita bab ujian diri sendiri msih kuat bg seorg ibu, tp bila ujian tu hadap dgn “anak”, n berkait dgn ank, x kuat wey…mmg akn meleleh air mata… sebak yg xtertahan.. “

Cerita yang menyayat hati, apatah lagi ianya berkaitan dengan anak-anak yang masih kecil. Kuatnya bonding ibu dan anak sehinggakan anak pun tahu Azar sudah bebas. Semoga kehidupan Azar dan anak-anak lebih terjamin selepas ini dan hadir pelangi selepas hujan untuk Azar meneruskan kehidupan.
Tonton video penuh di bawah :
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Sembang Seram, Youtube Channel Safwan Nazri Podcast
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau Syazuwan tu perempuan, aku rasa dorang dah peluk-peluk sambil nangis. Sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kakak muka papanya, adik muka mamanya. Cantik anak-anak Ameng.. ” – Komen Netizen

