Artis / Selebriti
” Ku sangka baju hitam tu pendiam, rupanya hyper. Baru nampak lucu peelnya.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Ameng Spring menari brazilian dance bersama anaknya, Azeva dan Dato’ A. Aida mencuit hati warganet. Ingatkan serius, rupa-rupanya kelakar Ameng ni. Lawak betul Papa Meng berjoget, haha..
Sebut sahaja nama Ameng Spring, pastinya ramai yang membayangkan pelantun lagu Sejiwa itu. Ameng antara penyanyi senior yang masih lagi bertahan sampai ke saat ini. Sekali pun ramai penyanyi baru yang tumbuh bak cendawan, namun aura Ameng tetap berbisa.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Azeva iaitu anak perempuan Ameng, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ameng bersama Azeva, mantan isterinya Dato’ A. Aida dan guru vokal, Cikgu Shafi. Ini rakaman yang dibuat sewaktu mereka membuat latihan bersama untuk TTMM2.
Warganet terhibur melihat tarian yang ditunjukkan oleh mereka berempat itu. Namun mata warganet lebih terarah kepada gelagat Ameng yang tersangat enjoy menari. Memetik komen warganet, Ameng terlebih hyper kerana tariannya yang lincah dan lebih menonjol berbanding yang lain.

Azeva sendiri tidak dapat menahan ketawanya melihat telatah Papa Ameng itu. Ameng sekarang bukan lah Ameng yang dahulu. Komen warganet lagi, tidak hairan lah Ammar Haikal juga lincah dan hyper, semuanya diwarisi daripada Papa Meng ini.
Jom tonton video di bawah :
@azeva.nt Lupa ada draft ni 😇
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 31 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Ku sangka baju hitam tu pendiam rupanya hyper.. Suka tengok live ameng skrg Dua2 family Ameng skrg.Isteri dulu dan isteri skrg masing2 berhati bersih dan terbuka Alhamdulilah.. “
” Ameng lucu la..kau tengok podcast doll podcast..memang best.. Ni duk tgk kat posting2 tt je baru nampak lucu peelnya.. “
” Dh mcm senanrobik papa meng haha.. Ini rasa ini dunia papa.. dunia Dato’ a.aida kt ane…slow sngt tu,xdang nk hambat si hyper tu haha.. “
” Papa Meng yang over ni haha.. so dah tahu hyper Ammar ikut siapa, tak lain tak bukan, papa meng lah haha.. terlebih kopi janggut papa ni.. “
” Papa awak ni memang sentiasa banyak energy ekkk.. ini dunia papa adik – papa meng haha.. ameng selalu ckp dia kalah dlm pertandingan tp kali nie dia akan menang.. “
” Tak sangka ye yg baju hitam tu hyper betul hehe.. zaman akak 90 dok layan lagu2 ameng spring ni tgk cam serius je.. xsangka hyper haha.. “
” Kak azeva buat Brazilian dancee.. and sumpah tak kayu macam professional dancer dah.. adoiii papameng,malu la kita group rock haha.. papa meng dulu jiwang, sekarang dah shuffle.. “
Siapa sangka karakter Ameng kelakar seperti ini. Raut wajah yang sering terlihat serius, namun di sebaliknya suka berjenaka spontan yang menggeletek hati. Seronok Azeva dapat menikmati masa bersama Papa Meng yang sporting dan kelakar seperti ini. Semoga hubungan baik ini akan dirahmati Allah selalu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Azeva.nt
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida
-
Artis / Selebriti7 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti5 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Nampak dia cantik bila tak makeup, baby face dengan kulit bersih.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa benda, macam tak kena je. You ni dulu straight A student kan. You jangan.. ” – Haris Ismail
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen

