Connect with us

Artis / Selebriti

” Menyala, ni lah Azar yang sebenarnya. Dah comeback.. ” – Komen Netizen

Video photoshoot pertama Azar Azmi setelah 6 tahun menyepi raih pujian ramai. Wah, cantiknya Azar. Azar dah buat comeback lah..

Selepas enam tahun menyepi daripada dunia hiburan, Azar Azmi akhirnya kembali mencuri perhatian ramai. Menerusi akaun Instagram Hibglam, perkongsian sebuah video yang memaparkan Azar ditatarias untuk sesi temuramah bersama akhbar Kosmo telah meraih perhatian ramai.

Kecantikan Azar masih kekal seperti dulu walaupun kini Azar sudah berhijab.  Ramai di kalangan peminat Azar meluahkan rasa syukur dan teruja setelah sekian lama Azar menyepi dari dunia seni dan juga media sosial. Sepanjang tempoh menyepi, Azar melalui pelbagai fasa kehidupan yang mencabar.

Namun, kebangkitan semula ini jelas membuktikan bahawa setiap kesulitan pasti hadir bersama hikmah tersendiri. Sokongan daripada individu terdekat serta rakan-rakan industri turut menjadi antara faktor yang membantu Azar kembali bangkit dengan lebih kuat dan bersemangat.

Kebangkitan Azar ini bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah menjadi inspirasi kepada ramai bahawa perjalanan hidup tidak selalunya mudah, namun setiap ujian mampu membawa kepada sesuatu yang lebih indah. Kini, ramai yang menantikan langkah seterusnya daripada Azar.

Jon tonton video di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Terima kasih pada Dato’ Alif dan Dato’ Vida yg banyak naikkan semangat azar. kita percayakan apa itu hikmah.. inilah buktinya.. inilah keindahan yg muncul selepas lalui kesulitan.. “

” Go …go …Azar lawa kita minat kat Azar….suka tengok Azar Ngan Abe Jo dulu rancangan masak2. yeyyyyyyy azar azmi comebackkk!!!!! fly higher azar azmi!!!! “

” Cntiknya dia. Moga trus d beri rezeki awak. Minat dari dulu . skrg dh comeback lafnyaa. X sabar nk tgok azar azmi belakon semula.. “

” Cantikk nyee , semoga maju jaya , rezeki melimpah ruah seperti air Zam Zam yang mengalir .. “

” Alhamdulillah tksh Dato Aliff Dato Vida krn membantu dn lain2. rezeki ank2 melaluinya.. alhamdulillah… “

” Menyalerrrrrr ni lah azar yg sebenarnya.. Dh comeback.. Alhamdulilah harap lepas ni blh berlakon balik aamin.. “

” Kita percayakan apa itu hikmah..inilah buktinya..inilah keindahan yg muncul selepas lalui kesulitan… “

Dengan sokongan yang tidak berbelah bagi daripada peminat dan rakan industri, tidak mustahil untuk Azar Azmi kembali berada di puncak kegemilangannya sama ada di pentas lakonan mahupun bidang lain yang bakal diceburinya. All the best buat Azar.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hibglam

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Cosmoderm

Trending

Copyright © Berita Kopak