Connect with us

Artis / Selebriti

” Saya rasa bibir mak saya ni senang dibaca lah. Dia macam.. ” – Cik B

Video Dato’ Seri Vida dan Cik B bermain challenge teka lagu buat warganet terhibur. Fuh hebat lah Cik B, walaupun telinga kena tutup, tetap tahu lagu apa yang Mama nyanyi. Lawak betul Cik B, berdekah DS Vida gelak, haha.. 

Penyertaan anak perempuan usahawan bergelar jutawan, Dato’ Seri Vida iaitu Cik B dalam rancangan realiti TV, Talk To My Manager (TTMM) musim kedua mendapat sambutan hangat daripada penonton setia rancangan tersebut. Cik B membawa keceriaan dan kemeriahan kepada semua.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Vida dan Cik B bermain permainan Teka Lagu. DS Vida diberikan tugasan untuk mendendangkan lagu-lagu lama, sementara Cik B perlu meneka lagu apa yang dinyanyikan oleh mamanya itu.

Cik B memakai headphone di telinganya sebagai cabaran untuk permainan ini. Satu demi satu lagu yang dinyanyikan oleh DS Vida dapat diteka dengan betul oleh Cik B. Kata Cik B, mulut mamanya itu senang dibaca kerana cara sebutannya yang jelas.

Tergelak DS Vida mendengar kata-kaya yang diucapkan oleh Cik B itu. Gelagat ceria Cik B dan mamanya ini mencuit hati warganet. Cik B memang anak Mama yang hebat dan bijak sepertimana yang selalu DS Vida laungkan. Semudah itu Cik B membaca gerak mulut DS Vida.

Jom tonton video di bawah :

@sookamalaysia

Kombo dua-dua ni memang best 😭 Cik B dengan Dato Seri Vida tak kering gusi! Jom strim rancangan hebat di sooka! Pelan bermula daripada RM9.90/bulan je! Muat turun sekarang — klik link di bio!

♬ original sound – sooka malaysia – sooka malaysia

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Dato vida ne was once a cikgu kan? mmg sepatutnya bibirnya mudah dibaca supaya anak² murid senang nk ngikut.. “

” Aku syak mama dia sokmo nyanyi lah lagu lagu tu.. tanda anak dgn mak sgt rapat.Apa pergerakan mak dia akn dpr baca.. “

” Bestnyaaa dpt tengok cik b dlm reality prog camni.. cik b ni lawak lah.. sedap pulak dengar cik b nyanyi lagu lancang kuning.. “

” Pandainya cik b ni haha.. dua beranak ni saya suka sangat, memang lucu.. cik b memang anak mama yang hebat.. “

” Tahu jugak cik b lagu lagu lama ni. cik b bijak… memang anak mama yang hebat.. ok dah tau salah bibir.. “

” Haha cik b ni lawak lah.. bibir mama senang dibaca eh.. gelak dulu, nakal betul anak beranak ni haha.. “

” Hebat lah cik b.. ni mesti lagu lagu karok mak dia tu yang semua cik b boleh teka dengan betul.. “

Terhibur warganet melihat telatah DS Vida dan Cik B. Cik B memang anak yang memahami mamanya dan setiap gerak geri mama ada dalam genggaman Cik B. Seronok pula warganet mendengar Cik B melaung lirik ‘lancang kuning’ itu. Apa-apa pun, good luck Cik B untuk konsert minggu kedua TTMM2 nanti.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Sooka Malaysia  

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak