Artis / Selebriti
” Minta maaf bu, abang tak mampu bagi lebih. Selamat hari jadi Syurgaku.. ” – Hadie
Video Hadie menghadiahkan rantai emas kepada ibunya, Ina Naim buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok Ina menangis..
Anak kepada Allahyarham Suhaimi Saad iaitu Ehmad Hadie Elfardie mencuri perhatian ramai apabila menghadiahkan seutas rantai emas kepada ibunya, Ina Naim sempena ulang tahun kelahiran Ina baru-baru ini. Perkongsian momen istimewa itu dimuatnaik di platform TikTok dan menjadi tular.
Menerusi video tersebut, kelihatan Ina tidak dapat menahan sebak sebaik menerima hadiah berkenaan. Reaksi penuh emosi itu jelas menggambarkan betapa bermaknanya pemberian tersebut buat dirinya. Malah, suasana sayu itu turut membuatkan ramai penonton sama-sama rasa tersentuh.
Di ruangan kapsyen, Hadie dengan rendah hati menyatakan bahawa dia tidak mampu memberikan hadiah lain yang lebih mahal. Namun begitu, keikhlasan yang terpancar jelas lebih bernilai daripada apa jua hadiah. Kata-katanya itu mencerminkan kasih sayang dan penghargaan yang mendalam terhadap ibu tercinta.

Perkongsian tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai yang turut memberikan kata-kata pujian. Ramai memuji Hadie kerana disifatkan sebagai anak yang tahu mengenang jasa dan pengorbanan seorang ibu. Tidak kurang juga yang mendoakan agar mereka sekeluarga sentiasa diberkati dan dilindungi.
Tonton video di bawah ini :
@_ehmadhadie Minta Maaf bu abang x mampu bagi lebih.. Selamat Hari Jadi Syurgaku🌹🥲
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai kata-kata pujian telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Sebab arwah ayah dia layan ibu dia macam permaisuri.. Anaknya pun ikot sama.. Sebab itu bapa jadi lah contoh yang baik untuk anak2.. “
” Alhamdulillah anak yang baik. Bangkit dan buktikan adi jd anak, abang dan nanti suami dan ayah yg baik. Kami percaya adi boleh . Bina kerjaya adi dan semua wish list adi tercapai aamiin.. “
” Seorang anak yg meratukan ibunya adalah anak yg soleh.. Alhmdulillah.. Ina punyai anak yg sgt2 meratukan ibunya.. Tahniah adie … Teruskan bahagiakan ibu ya.. “
” Ibu inaaaa.. Happy bufdayy ibuu.. Tahniahh anak soleh ibu. Beginilah adab yang baik bersama ibu.. Selain doa anak yg soleh. jb takut ya kwn2 share rezeki dgn ibu kita. Sbb doa dia lah buatkn khidupan kita akan lbh berkat dan maju jaya insyaallah.. “
” MasyaAllah,tabarokallah.. Rezeki Allah tak pernah salah…Berkatilah,lindungilah,bahagiakanlah keluarga ini ya Allah dunia dan akhirat.. “
” Alhamdulillah moga hadi jd anak yg trbaik utk ibu n adik2 jgn sesekali alpha dgn dunia yg tipu2 sentiasa igt atas did ikan yg trbaik dr arwah ayah n ibu.. “
” Bertuah Ina dapat anak anak lelaki yg soleh dan dapat suami yg penyayang dan sanggup terima dia seadanya.. “

Silakan SHARE..
Sumber :TikTok _ehmadhadie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti3 days ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti7 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Umur sebaya aku kut, boleh lagi pecut tu. Kalau aku, pancit dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Aku keluar dari situ, dunia akhirat, aku ada 28 ringgit sahaja.. ” – Azar Azmi

