Artis / Selebriti
” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
Luahan hati ibu Dr. Fie, Dr Zailah setelah apa yang viral mengenai rumahtangga anaknya semalam buat ramai tersentuh. Sebaknya baca perkongsian seorang ibu..
Orang ramai dikejutkan dengan pengakuan daripada mantan suami Dr Fie, Nubhan semalam mengenai sebab terjadinya penceraian antara mereka. Pengakuan itu benar-benar memberikan satu impak besar kepada Dr Fie dan seluruh ahli keluarganya. Sebelum ini, baik Nubhan mahu pun Dr Fie mengunci mulut punca perpisahan mereka.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Dr Zailah iaitu ibu kepada Dr Fie, telah dikongsikan satu bingkisan rasa untuk anaknya ini setelah apa yang terjadi. Sekuat mana pun hati seorang ibu, tetapi apabila melibatkan anak, pasti akan remuk jua.
Dr Zailah menyuarakan rasa sedih dan terkilannya atas apa yang terjadi kepada Dr Fie. Coretannya juga ada bercerita kisah sebelum Dr Fie berkahwin yang mana Dr Zailah menentang keras hubungan tersebut. Manakan tidak, ketika itu Dr Fie masih belum tamat pengajian dan masih di tahun 3.

Banyak kerisauan yang timbul di hati Dr Zailah pada ketika itu dan semalam, ternyata semua kerisauan itu menjadi kenyataan. Pelbagai komen negatif yang mengecam Dr Fie turut dibaca oleh Dr Zailah di media sosial. Jika diikutkan hatinya, mahu sahaja semua komen itu dibalas, namun Dr Zailah masih boleh bersabar.
Jom baca perkongsian di bawah :
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Moga Allah sentiasa bersama Dr Fie dan anak-anak.. yang penting dr fie sentiasa bertemankan doa ibu!! sentiasa bertemankan redha ibu!!! selamatlah dr fie dan anak anak inshaAllah kedepannya nanti bila mana masih ada ibu yang mengiringi semua langkah langkah dr fie dan adik beradik yang lain.. “
” Bila kenang kembali tentangan ibu ayah pasti ada sebabnya. Saya di tentang hebat oleh arwah papa, tapi mama dan family cuba pujuk papa akhirnya papa akur. Dan sekarang pun saya macam Dr Fie. After 12 years of marriage i surrendered. insyaAllah kita boleh.. “
” Allh akn angkt doa org teraniya .. doa is power doktor.. Allh nk naikkn darjat seseorg DIA akn uji hambanye .. moga yg baik2 buat doktor skluarga.. “
” Allah hu sedihnya. Pengajaran utk anak2 kita pastikan keputusan membuat pilihan kita atas redha ibu bapa.
Sebenarnya lebih kpd rasa untuk menzalimi. Alasan remeh temeh. Sanggup tengok mental dan emosi anak dan bekas isteri tercalar. Teruskan munajat..mohon Allah selesaikan.. “
” Stay calm ibu. You’re the reason Allah makbulkn dan bantu Dr Fie. Amin insya Allah Ujian tanda sayangnya Allah kepada kita. Insya Allah.. “
” Semoga Allah melindungi Dr Fie dan seisi keluarga dari dianiaya dan berniat buruk. Doa banyak2 semoga Allah lindungi semua… InsyaAllah.. “
” Kami ibu yang ada anak perempuan dan lelaki, bersama Dr dan anak doktor mendoakan agar Allah mudahkan urusan kalian. insyaallah yg terbaik utk Dr fie….bangkit n lawan Dr fie.. “
Sedih dan kecewa hati seorang ibu yang hanya mampu terluah dalam sebuah coretan. Walaupun rasa kecewa, doa tetap dipanjatkan untuk anak tersayang dan berharap agar Dr Fie dapat mengharungi semua dugaan ini dengan tenang. Moga Allah bantu Dr Fie menghadapi masa sukar ini dengan penuh sabar, Insha Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Dr Zailah
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga5 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Shuib sampai cakap selama dia kenal Watie, dia tak pernah tengok diri Watie macam ni.. ” – Watie Hanifiah

