Artis / Selebriti
” Showmanship Ayash power lah. Gaya dia tu mahal.. ” – Komen Netizen
Video anak bongsu arwah Siti Sarah, Ayash Affan menyanyi lagu Tak Ada Logika dan Jangan Kau Mimpi di rumah terbuka raya buat warganet berhibur. Amboi Ayash, walaupun lirik merapu, tempo tu kena. Gaya pun style sangat, berjoget pun comel je..
Ayash Affan merupakan anak terakhir peninggalan arwah Siti Sarah untuk Shuib Sepahtu. Ayash yang sudah pun berusia 5 tahun ini membesar dengan sihat dan menjadi penghibur kepada seluruh keluarga. Kehidupan Ayash lebih banyak bersama neneknya, Salmi iaitu ibu kepada Shuib.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Annahana71, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Ayash menyanyi secara terbuka di sebuah majlis hari raya. Ayash sememangnya suka menyanyi dan sebelum ini pernah Shuib kongsikan video Ayash menyanyi ketika berada di rumah.
Menerusi video ini, Ayash menyampaikan 2 buah lagu iaitu Tak Ada Logika dendangan asal Agnes Monika dan lagu popular arwah Siti Sarah berjudul Jangan Kau Mimpi. Nyanyian Ayash itu menghiburkan tetamu, lebih-lebih lagi melihat gaya Ayash ketika menyanyi.

Ayash menyanyi dengan penuh perasaan dan semangat. Bergema suara Ayash menyanyi, apatah lagi ketika korus. Semangat penyanyi ada dalam diri Ayash. Seronok warganet mendengar nyanyian Ayash ini. Pelapis arwah ibu seperti kakaknya, Thalita juga.
Jom tonton video di bawah :
@annahana71 ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi🥰🥰🥰🥰 @shuibsepahtu #shuibsepahtu
@annahana71 ayash lanje 1 lg lagu sape tau lagu sape ni 🥰🥰🥰🥰 @shuibsepahtu @amysalmi22
Lebih 3000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian tersebut. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Noh betol lak tu tempo nyek. padu ayash sekali bawak lagu agnes monica.. kisah nya ..logica… nenek ingat apa la ayash sayang ni nyanyi .. confiden level mesti tinggi.. “
” 3 warisi bakat ibu, sorang warisi bakat daddy…ank2 ibu daddy semua berbakat.. bakal pengantii maknya betul ni.. “
” Pershuib boys… next TTMM hehe.. tempo melekat eh Ayash.. pandai sangat Ayash menyanyi, semangat tu memang padu lah.. “
” Pandai sangat ni, berbakat macam ibu Ayash .. macam ibu dia, comel je siap nyanyi high note dengan joget lagi haha.. “
” Dah pandai ye budak kecik ni, gaya dia mahal tu. Showmanship Ayash power lah.. dia dah menurun tu bakat ibu, ayash ayash.. “
” Haha layannn.. mantap dengan gaya dia tu.. padu lah Ayash, biar lirik ke laut dalam, yang penting tempo tak lari eh.. betul la kuah tumpah ke nasi haha.. “
” Wah dah pandai menyanyi lah Ayash.. bukan main lagi joget dia tu, kelakar Ayash.. semangat penuh perasaan menyanyi.. “
Bukan main seronok lagi Ayash menyanyi dan menari. Ini betul-betul bakat seni yang diperolehi daripada arwah ibu Ayash. Apabila Ayash besar seperti Matin, tentu lagi banyak telatah comelnya menyanyi. Apa-apa pun, semoga Ayash menjadi anak yang soleh dan kebanggaan keluarga apabila dewasa kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Annahana71
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Selepas program yang pertama tu Papa tak akan pergi dah.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti9 hours ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Aduh sayang ni, tak payahlah nak romantik sangat depan orang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti1 day ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang tengok video ni. Seram pulak tengok Cik B kena macam tu.. ” – Komen Netizen

