Connect with us

Artis / Selebriti

” Jadi ramai orang salah tafsir, sebenarnya dia ni.. ” – DS Aliff Syukri

Video DS Aliff Syukri dan DS Shahida menjelaskan siapa Zareef dalam keluarga mereka raih perhatian ramai. Sayang betul Dato’ dan Datin pada Zareef. Sweet je Zareef panggil ‘Abah’ dan ‘Mama’..

Kemunculan anak lelaki Dato’ Sri Eizlan Yusof, Zareef Yusof dalam banyak video keluarga Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Shahida mengundang pelbagai spekulasi di kalangan warganet. Ianya bermula sejak Zareef menjadi pelakon dalam drama pendek Sugeh Resort bersama Qadejah dan Hadie Elfardie sebelum ini.

Menerusi perkongsian di akaun Instagram F8buzz, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Aliff dan Datin Shahida menjawab persoalan daripada pihak wartawan mengenai Zareef. Terang DS Aliff, Zareef merupakan sahabat baik anaknya, Baem.

Zareef juga mencari kawan lelaki kerana di rumahnya hanya ada adik beradik perempuan sahaja. Zareef juga mengakui dia yang memulakan memanggil DS Aliff sebagai Abah dan Datin Shahida sebagai Mama kerana ianya lebih selesa dan mesra.

Zareef turut memuji sikap Dato’ dan Datin yang baik. Menyedari ramai yang mengusik Zareef dengan anak daranya dan mengelarkan Zareef sebagai bakal menantu, DS Aliff menegaskan dia tidak mengira status asalkan lelaki itu baik dan rajin berusaha untuk membina hidup.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 8000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :

” Beza adab orang kaya berpelajaran ngn org biasa tapi acah kaya yg ingat kaya raya.. zareef ni budak baik, sopan je.. “

” Yg penting rajin.klu malas dato alif tak suka tak nak. bagus zareef ni, cakap pun bagus tersusun je.. Slang sabahannya memang kuat ye.. “

” Bdk ni ank org kaya…rumah besar…tak kan la dia takda rumah…. dia hanya nak berteman je.. Netizen kt luar pun panggil papa mama inikan pulak si Zarif hahahha.. “

” Faham sgt kalau xder kwn kt rumah.. sama mcm saya sorg2 pompuan dlm 7 adk lelaki.. so time cuti sekolah kita merayap rumah mak2 sedara cari kazen pompuan.. time tu mmg syok laa. Abis cuti baru balik rumah.. “

” Sayang betul dato dan datin pada Zareef. iye lah, zareef pun budak baik, persekitaran dan kawan-kawan yang baik untuk anak-anak dato datin jugak.. “

” Sbnarnya panggilan mak , mama , Ibu ayah abah.. tu biasa. Ank2 aku pun klu aku p asrama dia.. dgn kwn2nya semua panggil Ibu.. aku pun selesa Dan senang bahaskan Ibu.. lampsum sekali.. “

” Masa Dato pegang rambut zarif, sy dah terbayang Dato trim rambut ank2 lelaki Dato….baguslah kenal kwn2 ank.. “

Penjelasan yang terbaik daripada Dato’ Aliff mengenai Zareef kepada semua. Apa yang penting, Zareef budak baik dan daripada keluarga yang baik-baik juga. Tentang menjadi menantu Dato’ Aliff atau tidak, andai ada jodoh pasti tidak akan ke mana. Apa-apa pun, semoga hubungan baik Zareef dan keluarga Dato’ Aliff ini berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : IG F8buzz   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Sace Lady Foundation

Trending

Copyright © Berita Kopak