Artis / Selebriti
” Aduhai, tengok ni pun boleh meleleh air mata.. ” – Komen Netizen
Video pertemuan Datin Shahida dengan Amyza Aznan buat ramai tersentuh. Sebaknya tengok masa Datin peluk Amyza tu..
Meninjau di akaun Instagram milik isteri usahawan kosmetik terkenal, Datin Shahida Mohd Rashid iaitu isteri kepada Dato’ Aliff Syukri Kamarzaman, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan pertemuannya bersama pelakon, Amyza Aznan. Menerusi video tersebut, Datin Shahida dilihat bertemu Amyza yang hadir ke Wisma D’Herbs.
Di ruangan kapsyen, Datin Shahida meluahkan rasa gembiranya kerana berpeluang bertemu dengan Amyza. Dalam masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pelakon itu telah dipilih sebagai pengacara bagi program jualan lelong 72 jam tanpa henti yang berlangsung di Wisma D’Herbs.
Kehadiran Amyza dilihat menambahkan lagi kemeriahan suasana program tersebut. Namun, di sebalik senyuman yang terukir, ramai warganet mengakui tersentuh melihat raut wajah Amyza yang kelihatan masih kesedihan. Umum mengetahui bahawa pelakon itu baru sahaja melalui detik sukar selepas pemergian anak sulungnya.

Walaupun begitu, Amyza tetap tampil profesional dan tabah menjalankan tugasnya. Ada juga yang memuji sikap Datin Shahida yang dilihat begitu mesra dan memberi sokongan kepada Amyza dalam suasana yang penuh emosi itu. Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah menerima ratusan komen daripada warganet setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon telah diberikan oleh warganet dan rata-ratanya turut tersentuh menonton video tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Aduhai, tengok ni pun boleh meleleh air mata.. Semoga Amyza tabah menghadapinya….. Dan semoga Datin sekeluarga bertambah rezeki lagi kerna byk mbantu.. Aamiin.. “
” Kak Amyza ni mmg saya suka sejak dulu lagi.. Ramai org baik2 dikelilingnya.. Semoga dia terus kuat dan kuat selepas ini.. “
” Aduh tgok gini pun bole nges. Rapuh btol hati aku ni.. Aku tak boleh tengok muka Kak Amyza, rasa sebak sekali.. “
” Sedih sgt.. Kuat nya seorang Amyza Aznan ni.. Terbaik Datin.. Luv u datin.. Terima kasih bahagiakan Kak Amyza.. “
” Alhamdullilah, bila sibukkan diri sedikit sebyk hilang kesedihan dan Allah buka pintu rezeki lain pulak.. Insyaallah Amyza kuat.. “
” Hidup kena teruskn juga, memang sakit sangat bila kita hilang orang yang kita cinta dan sayang. Moga dipermudahkn rezeki Amyza untuk keluarganya.. “
” Ada kesedihan disebalik senyum Amyza. Sakit yang hanya difahami seorang ibu. Bertabahlah wahai ibu.. “
Perkongsian video tersebut sekali lagi membuktikan bahawa sokongan dan kata-kata semangat daripada orang sekeliling sangat bermakna buat mereka yang sedang diuji. Ramai berharap agar Amyza terus kuat dan diberikan ketenangan hati, manakala persahabatan yang terjalin antara Datin Shahida dan Amyza ini turut menjadi inspirasi kepada ramai.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shahidadherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kepada yang kecam ni dan sampai sanggup keluarkan gambar lama ibu saya yang tak pakai tudung.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh telah ditetapkan, cuma.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby dengar apa mummy cakap, sebab mummy suruh buat pilihan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ish geram betul budak comel ni, makin banyak mulut sekarang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin

