Artis / Selebriti
” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
Video Hussain TTMM2 berlatih vokal dengan Cikgu Shafi raih pujian ramai. Fuhhh, masa berlatih pun meremang dengar suara Hussain menyanyi..
Nama Hussain, anak kepada Jamilul Hayat kini mula menjadi sebutan ramai selepas tampil menyerlah dalam program Talk To My Manager musim kedua. Bukan sekadar membawa nama keluarga, Hussain membuktikan dirinya punya kelebihan tersendiri apabila berjaya memukau penonton dengan vokal yang cukup lunak dan penuh emosi.
Menerusi perkongsian video sesi latihan suara untuk minggu pertama yang tular di media sosial, ramai yang mengakui nyanyian Hussain benar-benar “sampai”. Setiap lenggok suaranya kedengaran begitu kemas, malah ada yang menyifatkan ia mampu membuatkan bulu roma meremang.
Walaupun masih muda dalam industri, teknik kawalan suara yang ditampilkan jelas menunjukkan potensi besar untuk pergi jauh. Ketika sesi latihan tersebut, Hussain mempelajari kelas vokal bersama Cikgu Shafi yang sememangnya seorang guru vokal berbakat besar.

Apa yang menarik, Hussain tidak hanya bergantung kepada bakat semula jadi, sebaliknya dilihat bersungguh-sungguh dalam setiap sesi latihan. Kesungguhan ini membuatkan ramai peminat semakin yakin bahawa dia bukan sekadar ‘nama anak selebriti’, tetapi seorang bakat baru yang wajar diberi perhatian.
Jom tonton video di bawah :
@cikgushafiofficial TTMM WEEK 1 vocal class with Hussain and CikB #shafivocalstudio #talktomymanager
Di ruangan komen, netizen juga tidak lokek memberi pujian. Ada yang teruja melihat perkembangan Hussain dari sesi latihan sehingga ke pentas sebenar, malah ramai tidak sabar menantikan persembahan setiap minggu. Antara komen-komen yang diberikan adalah :
” Semoga hussein kekal lah hingga juara. Sebab ramai yang main publisiti sekarang. bsr harapan ayah dia..walau pun sakit.. Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. “
” Kenapa baru skrng awak timbul ye..y kenapa lambat sgt..awak sgt berbakat dik.semoga menjadi juara, sepatutnya masuk bigstage.. “
” Kalau boleh cari identiti suara, biar lagu apa pun kita nyanyi, orang dgr sambil tutup mata pun, orang tahu tu suara kita, keep it up , shout out.. “
” Semoga Jamilul hayat ayah Hussein sentiasa sihat.. Suara dia lepasss! Mcm Hafiz , Mcm Syamel .. Moga makin maju dik.. “
” Husain tu selalu nyanyi dekat Taman DR sebab tu suara dia clean & bakal juara .. Memang sedap betol suara Hussain. Power.. “
” Nohh kalau berlakon jd adik brdik dgn amir ahnaf org pcye ni…sebijik muka nya.. Dia salah satunya perserta yg sora bgus hussain.. Suara mcm ni dpt kat arwah ahmad nawab yg gubah lgu mmang meletup ar.. “
” Sebak tengok ayahnya. sentiasa ada untuk support anak kesayangan. mmg family berbakat semua, cousins hussain pun dah makin naik.. “
Dengan kombinasi suara yang merdu, usaha yang konsisten dan sokongan daripada penonton, tidak mustahil Hussain bakal menjadi antara bintang yang menyerlah dalam Talk To My Manager musim ini. Semoga Hussain dapat buat yang terbaik juga pada minggu ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cikgu Shafi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tarikh nak bagitahu tarikh berlakunya pernikahan persandingan tu bila.. ” – Nabil Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” MasyaAllah tabarakallah, tengok lah leher dan dagu anak Mommy tu, berlapis-lapis. Sakan susunya pun.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedih lah tengok moment macam ni. Nampak je daddy dia, terus lari mintak dukung.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ok kitorang bagitahu lah, untuk anak ketiga ni adalah anak.. ” – Amar Baharin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Biarlah Bilal, jangan lah bezakan. Mak bapak dia Ustaz dengan Ustazah.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tahu mami nanti akan letak POV, POV apa-apa kan.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka rilek je nyanyi lagu tamil. Menyanyi lagu apa pun petik jari je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kamal mula-mula tak nak, lepas tu kemain. Silap Zaki bagi mic pada ketua, haha.. ” – Komen Netizen

