Artis / Selebriti
” Dato’ buat saya sedih. Apa yang saya nak buat.. ” – Azar Azmi
Video jawapan Azar Azmi ketika ditanyakan oleh DS Aliff Syukri impiannya jika ada duit 1 juta ringgit buat ramai tersentuh. Part DS Aliff dedah kejadian yang berlaku ketika anak-anak Azar sampai di rumahnya lagi bertambah sebak..
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Kedai_dherbs, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live usahawan kontroversi, Dato’ Seri Aliff Syukri bersama Azar Azmi. Menerusi sesi live tersebut, DS Aliff bertanyakan satu soalan yang ramai ingin tahu jawapannya daripada Azar sendiri.
Menerusi video itu, DS Aliff mengutarakan soalan mengenai impian Azar sekiranya dia memiliki wang tunai sebanyak 1 juta ringgit. DS Aliff bertanya adakah Azar akan membeli kereta import mewah jenama Ferrari, jadi nanti akan keluar headline Azar Azmi ingin membeli kereta bernilai 1 juta ringgit.
Ternyata dalam fikiran Azar langsung tidak memikirkan kemewahan dan kesenangan. Apa yang diimpikan semuanya untuk anak-anak tersayang. Mendengar jawapan oleh Azar itu, DS Aliff berkongsi cerita kejadian sebenar yang terjadi ketika Azar dan anak-anak datang ke rumah agamnya.

Kata DS Aliff, anak Azar menangis dan berteriak hampir 2 jam kerana melihat air pancut yang berada di hadapan rumah. Anak Azar menyangka itu adalah kolam renang. Azar juga meluahkan rasa kecewanya kerana kesusahan yang dialami sebelum ini membuatkan dia tidak mampu membelikan apa yang anak-anak mahukan.
Jom tonton video di bawah :
@kedai_dherbs Jawapan azar azmi semua utk anak anak #dherbsterlajaklaris #aliffsyukri #azarazmi
♬ original sound – Dherbs Terlajak Laris – Dherbs Terlajak Laris
Perkongsian ini telah pun mendapat perhatian daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Sy plak sebak.. sbb bila kita sbg ibu yy da ada anak2…kita akan fhm sgt perasaan tu… bila x mampu nk bahagia kan ank2 senangkan anak2.. “
” Mak mak mesti akan fikir anak dulu kan.. ramai kata bayar hutang, hutang tu kan kewajiban MMG wajib kena bayar , yg di tanya kan impian , tu la impian dia.. “
” Seorg ibu bnyk fikir masalah…. bile ditanya confrim keutamaan yg pertama utk adalah anak anak.. betul la niat dia. dia nk gembirakan hati anak2 dia.. tiap kli hati ank kecil gembira, tiap Kali tu lah Allah murahkan rezeki dia.. “
” Mungkin ni Salah satu impian dia.. mungkin dia Akan setelkn dlu hutang dia Lepastu ade bajet dia buat Taman kanak-kanak.. “
” Ahhhh aku dah sedih pagi pagi nie.. semoga niat azar azmi dimakbulkan Allah swt.. Cita cita dia bukan untuk diri sendiri itu tanda hatinya baik dan tidak tamak.. “
” Aku pham perasaan nk bahagiakn anak dengn usaha nk buat taman permainan.. aku xleh la tngk azar ni btol aku teringat anak nk bahagiakn anak dengn kehidupan yg baik.. “
” Sebab tu ni pertnyaan random, kalau dpt 1 juta, setiap org ada impian masing2, lgla impian seorang ibu,ape jua kesusahan dia, dia lbh utamakan anak2.. “
Impian murni daripada seorang ibu untuk anak-anaknya. Azar membuatkan ramai ibu menangis mendengar jawapannya itu. Kebahagiaan anak-anak adalah perkara utama untuk Azar. Semoga impian Azar itu akan dimakbulkan Allah dan Azar bahagia selalu bersama anak-anak tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Kedai_dherbs
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti3 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring
-
Artis / Selebriti6 days ago” I could not give you the years we lost, but.. ” – Azrinaz Mazhar Hakim
-
Artis / Selebriti4 days ago” As a mother, it was one of the most frightening moments i have experienced.. ” – Maryam You Narae
-
Artis / Selebriti2 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Anak dengan bapa sedap suara mantap. Suara Thalita macam suara arwah ibunya.. ” – Komen Netizen

