Connect with us

Artis / Selebriti

” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring

Video respon Ameng Sping apabila ada yang menegur anaknya, Azeva tidak menutup aurat raih perhatian ramai. Ini respon Papa Meng sendiri..

Kemunculan anak perempuan Ameng Spring, Azeva Natassha sebagai peserta program realiti TV, Talk To My Manager musim ke 2 mendapat perhatian daripada wargamaya. Azeva memiliki kecantikannya yang tersendiri dan bakat nyanyian yang membuatkan warganet menyenanginya.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Abuhabibialawiyya dan Noraine Basre, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan respon Ameng ketika menjawab salah satu soalan daripada viewer yang mengikuti livenya mengenai Azeva. Komen ini menyentuh isu Azeva tidak menutup aurat.

Ameng kekal tenang dan tidak mudah melatah dengan komen itu. Ameng menjelaskan sebagai seorang ayah, dia sudah banyak kali menegur Azeva sehinggakan Azeva meminta Ameng untuk berhenti menegur perkara yang sama. Azeva memahami teguran tersebut dan sedang mencuba untuk berubah ke arah yang lebih baik.

Tambah Ameng lagi, tiada bapa yang tidak mahukan anak perempuannya menjadi anak yang solehah. Ameng juga turut menyanyikan sedikit rangkap lagu nasyid kumpulan Raihan dan menegaskan, iman tidak dapat diwarisi. Semuanya terpulang kepada tuan empunya badan dan hidayah itu milik Allah.

Jom tonton video di bawah :

@abuhabibialawiyya

#azeva tidak di Bawah jagaan #ameng selepas bercerai dengan #datoA_aida masing² membina rumahtanga Baru.

♬ Sad and lonely – MoppySound

@norainibasre

#amengspring #norainibasre #binafshasweet #azevanatasha #fyp

♬ bunyi asal – Noraini Basre – Noraini Basre

Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :

” Aku kadang meluat jenis netizen sibuk pasal keluarga org ni.. keluarga sndri ntah macmana.. terbaik jawapan saudara Ameng. ameng memang seorang yg bijak.. semua dia cakap Kita mudah faham.. “

” Azeva tu jgn kalut2..dr fizikal ea nmpk xtau ape tp bab batas…die mmg jge..n pcayela one day azeva dbri hidayah totally pd die…sabar dlu netizen jgn judge awl.. “

” Kalo sye jd pengetua sekolah,sye akn jemput papa Ameng dtg sekolah tuk bg motivasi pd pelajar2 buat tauladan,terbaik.. “

” Buat apa dok jaga hal peribadi orang lain doakan yg baik2 sajalah. Betul ameng kata, ayah mana yang tak nak anak solehah. masanya akan sampai nanti.. “

” Bapa dah cakap..lepas tanggungjawab bapa.. selebihnya pada tuan badan sendiri .. dlu aku freehair pon mak bapak aku hari2 nasihat tp aku xdgr pon . Bkn slh dorg . Alhamdulillah , lepas brpe thun aku pakai dgn sndiri.. “

” Ameng dh cakap.. bagus seorang bapa yg bertanggungjawab.. erbaik bro ameng,yang penting dah beritahu. tapi azeva pn cakap dia dah nak slow2 lebih menutup.. “

” Ameng dh cakap, imam dh cakap. semua dh cakap.. kita pakat² doakan .. jgn mengherdi, jgn menghina, jgn mengaibkan sesiapa.. hidayah milik Allah swt.. “

Ameng telah pun menegur Azeva dan selebihnya terpulang kepada Azeva untuk mengubah dirinya. Bak kata Ameng, iman tidak dapat diwarisi dan doakan sahaja yang terbaik untuk Azeva. Pastinya satu hari nanti, hidayah akan sampai kepada Azeva, sama-sama kita mendoakan untuk anak dara Ameng ini.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok abuhabibialawiyya   

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Skintific

Trending

Copyright © Berita Kopak