Artis / Selebriti
” Dengar sikit pun dah sedap, all the best Azeva.. ” – Komen Netizen
Video teaser Azeva menyanyi lagu umtuk konsert final TTMM2, Muara Hati dan Titanium raih pujian ramai. Fuhhh, duduk pun sedap suara Azeva, smooth je vokal tu. Bakal juara ni..
Bahang final Talk To My Manager musim 2 semakin dirasai. Ahad ini bakal menyaksikan siapakah yang akan dinobatkan sebagai juara TTMM2. Salah seorang peserta yang menjadi perhatian adalah anak kepada Datuk A. Aida dan Ameng Spring, Azeva.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Sooka Malaysia dan Tiktok Sooka Malaysia, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Azeva memberikan sedikit teaser bagi 2 buah lagu yang bakal dinyanyikan di pentas final TTMM2 akan datang.
Bagi persembahan solo, Azeva akan menyanyikan lagu Titanium dendangan asal David Guetta feat Sia. Bagi lagu duet pula, Azeva akan berpadu suara bersama penyanyi hebat, Hafiz Suip menyanyikan lagu Muara Hati. Ini bakal menjadi salah satu persembahan yang dinanti-nantikan oleh peminat TTMM2.

Mendengar teaser ini, ramai yang memberikan pujian kepada Azeva. Walaupun menyanyi secara santai dan duduk, Azeva mampu mengawal suaranya. Vokal Azeva semakin mantap hasil latihan bersama guru vokal dan usaha Azeva sendiri untuk maju dalam nyanyiannya.
Jom tonton video di bawah :
Ribuan tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca adalah :
” Dengar sikit pun dah sedap, all the best Azeva.. Moga menjadi juara dan buat yang terbaik ye nanti.. tak sabar nak tengok performance Azeva.. “
” Makin redup, bersih raut wajah A.aida semenjak berhijrah…alhamdullillah semoga tenang dan bahagia sentiasa.. cantik a.aida ni.. “
” Wauuu tak sabarnyaaa gud luck azeva.. no 1 lahhhhh.. sedap la aih suara anak papa meng ni.. kasi all out ye.. “
” Kalau ada orang mcm ayah arwah siti sarah latih dia , mesti padu macam talita sekarang… sedap suara Azeva ni, go go adik. Best of luck.. “
” Wahh azeva.. Duduk pon sdp. Moga dipermudahkn urusan azeva ahad ni.. suka tengok dia, cantik macam maknya.. “
” Wah azeva nyanyi duduk pon sedap, smooth je suara dia tu. semoga juara azeva.. mak dengan anak macam adik beradik dah.. awet muda betul maknya.. “
” Dalam semua peserta, vokal Azeva ni antara yang terbaik. Good luck and do the best azeva.. “
Ramai peminat Azeva yang tidak sabar untuk mendengar nyanyian duet Azeva dan Hafiz pada pentas final nanti. Semoga Azeva dapat melakukan yang terbaik ketika persembahannya itu. Sama-sama kita menantikan gandingan suara Azeva dan Hafiz.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Sooka Malaysia, Tiktok Sooka Malaysia
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti1 day ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga4 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil

