Artis / Selebriti
” Azlan junior sangat, kalau Sefhia macam vibe kak Kepom.. ” – Komen Netizen
Elly Mazlein kongsi video gelagat anak keduanya, Haider Mateen bersama Moskot Pinocchio di Tokyo Disneyland raih perhatian ramai. Wah, jarang-jarang Kak Lina nak kongsi video Haider. Dah besar Haider sekarang, ada yang cakap macam Cikgu Azlan..
Perkongsian terbaru daripada penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian warga maya apabila beliau memuatnaik video anak keduanya, Haider Mateen ketika bercuti di Tokyo Disneyland tempoh hari.
Menerusi video tersebut, Haider dilihat begitu ceria ketika bertemu dengan moskot Pinocchio yang menjadi antara tarikan popular di taman tema berkenaan. Gelagat comel Haider yang kelihatan teruja berinteraksi dengan karakter kesukaan ramai itu mengundang pelbagai reaksi positif daripada para pengikut Elly.
Walaupun wajah Haider masih tidak didedahkan sepenuhnya kepada umum, perkongsian tersebut tetap menjadi perhatian netizen yang tidak melepaskan peluang untuk melihat perkembangan anak kecil itu. Ramai yang berpendapat Haider kini semakin besar dan semakin aktif.

Di ruangan komen, ada netizen yang turut membuat andaian mengenai rupa paras Haider. Walaupun wajahnya masih dilindungi, segelintir pengikut berasakan Haider mempunyai wajah seiras bapanya, Azlan Che Nuh atau lebih dikenali sebagai Cikgu Azlan.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai yang menyatakan wajah Haider nampak seiras bapanya. Antara komen-komen yang diberikan oleh netizen adalah :
” Azlan junior sgt kalu sephia mcm vibe kak kepoom. Balikkk kak kepommmm esk cikgu dah skolahh.. Dh besar la diaa.. “
” Esk ngajar dah cgu azlan tu hahha, Wow mak holidayyyy.. Best nye tgk bandar bersejarah.. Besttttt, tapi tula…longgar lutut beratur.. “
” Ala.. dapat tgk dari tepi je. Mcm muka cg azlan je ni. Ni sangat berbaloi, mmg best walaupun lama beratur .. rindu pergi lagi kak.. “
” Comelnyaaaa big boy dah. Sejibik muka apak dia. Happy Holiday Kak Lina Pom2 dengan CikGu daN Adik2.. “
Selain itu, ramai juga yang memuji tindakan Elly dan suami yang terus menjaga privasi anak mereka walaupun sering berkongsi momen-momen indah keluarga di media sosial. Bagi mereka, pendekatan tersebut wajar dihormati demi memberikan ruang kepada Haider membesar dalam suasana yang lebih selesa.

Perkongsian ringkas itu berjaya mencuri hati peminat yang terhibur melihat kemesraan Haider bersama Pinocchio. Tidak kurang juga yang meninggalkan doa agar Haider terus membesar dengan sihat, ceria dan menjadi anak yang soleh serta membanggakan kedua ibu bapanya

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti7 days ago” Perangai budak-budak. Tengok, ada orang tua main lagu ni lagi.. ” – Dato’ A. Aida
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mengucap Pak Hayat tengok Hussain bergelek. Group ni semua pak lawak. Lucu betul, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Daddy, i have Tiktok in my phone and the i saw you.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila Catwalk macho gayanya, tetiba jadi comel pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Lagu galau baru, berulang-ulang kali dah dengar. Habis terlekat dah ni Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Jayden, susah tak jadi budak-budak ? ” – Noornabila
-
Artis / Selebriti3 days ago” Mama tak muda lagi, bagi lah mama kahwin.. ” – Dato’ Seri Vida

