Artis / Selebriti
” Random betul lagu-lagu Kak Lina ni erk. Happy birthday Haider Mateen.. ” – Netizen
Muatnaik Gambar Anak-Anak Sempena Hari Lahir Anak Keduanya, Haider Mateen Yang Ke 2 Tahun, Perkongsian Elly Mazlein Buat Ramai Terhibur. Eh Lagu Apa Tu Kak Lina, Macam Tak Kena Je Dengan Birthday, Haha. Alahai Dah Besar Dah Sephia Dan Haider !!
Pejam celik, pejam celik, anak lelaki Elly Mazlein atau selesa dengan sapaan Kak Lina Kepom iaitu Haider Mateen sudahpun genap 2 tahun usianya pada hari ini. 23 Oktober 2021 Haider hadir dalam hidup Kak Lina dan Cikgu Azlan dan memeriahkan lagi kehidupan pasangan ini.
Meninjau akaun Instagram Kak Lina, telah dikongsikan sekeping gambar terbaru Haider bersama kakaknya, Putri Sara Sefhia. Bukan selalu dapat melihat Kak Lina berkongsikan gambar anak-anak sebegini kerana selalunya ia akan dilindungi dengan emoji.
Sudah besar Haider, Sefhia juga semakin tinggi. Dengan belon berangka nombor 2 dan tertulis ‘ Happy birthday Haider Turn 2 ‘ , perkongsian oleh Kak Lina ini telah pun ribuan tanda suka daripada warganet. Peminat juga tidak melepaskan peluang untuk mengucapkan selamat lahir untuk Haider.

Kapsyen Kak Lina juga ringkas sahaja berbunyi ‘ Cinta ‘. Sefhia dan Haider sememangnya cinta hati Kak Lina, buah hati pengarang jantung. Kak Lina turut menyelitkan lagu raya Rahimah Rahim berjudul Selamat Berhari Raya dalam perkongsiannya ini. Eh macam salah lagu je Kak Lina ni, hehe.
Jom baca perkongsian di bawah :
Random betul pemilihan lagu Kak Lina dan ini membuatkan warganet yang membaca posting Kak Lina rasa terhibur. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :
” Happy birthday Haider Mateen.. ” – Chaan
” Kak Lina ni bukan caption ja buat saya terhibur, buh gambaq birthday anak letak lagu raya pun buat saya terhibur.. ”
” Kenapa lagu raya awalnya nak raya puasa blum hehe.. Awal kepom raya ekkk.. Best betullah ek klu dgr lagu raya, lain betul tau vibesnya.. ”
” Random betul lagu-lagu kak lina ne eekkk.. Lagu raya paling win hehe.. Happy birthday Haider Mateen.. ”
” Besar dah abangg ye selamat ulang tahun abg emoga jadi anak Soleh…membahagiakan ibu dan ayah.. ”
” Selamat Ulangtahun Haider,Moga menjadi anak yg soleh anak kebanggaan ibu ayah aamiin2 yra.. ”
” Selamat hari lahir haider. Semoga menjadi anak soleh.. cepat dah besar Haider.. sipi-sipi muka nak sama je kakak dengan adik ni.. ”
” Happy birthday Haider Mateen. Dah besar dia, helokkkk. Tak sedar dah 2 tahun hero mama ni.. lagu tu paling win.. ”
Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat ulangtahun kelahiran buat Haider Mateen. Semoga Allah kurniakan Mateen kesihatan yang baik, menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan membesar menjadi insan yang baik tutur kata serta bersopan santun.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elly Mazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti5 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan abang saya tu, kami pernah tak berborak beberapa tahun tau. Jadi.. ” – Zaki Yamani



