Artis / Selebriti
” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. ” – Komen Netizen
Video Cikgu Azlan membantu Kak Lina Pom Pom membuat video review produk keluarannya undang tawa warganet. Bak kata Kak Lina, senang betul Cikgu Azlan buat duit. Mudah betul dialog dia, haha..
Baru-baru ini pelakon, penyanyi dan pengacara popular, Elly Mazlein sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila memaklumkan dirinya telah melancarkan produk makanan terbaharu iaitu Daging Salai Masak Lemak By Kak Lina Pom Pom. Perkongsian tersebut mendapat sambutan hangat daripada peminat yang sentiasa menyokong setiap usaha dan perkembangan kerjaya Elly.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram miliknya, Elly telah memuatnaik sebuah video yang memaparkan dirinya sedang mempromosikan Daging Salai Masak Lemak tersebut. Video berkenaan bukan sahaja menampilkan keunikan produk yang diperkenalkan, malah diselitkan dengan elemen hiburan yang cukup bersahaja dan mencuit hati.
Apa yang lebih menarik perhatian warganet adalah kemunculan suami Elly, Cikgu Azlan yang turut sama membantu menjayakan video review tersebut. Kehadiran Cikgu Azlan jelas menambah seri, sekali gus memperlihatkan keserasian pasangan suami isteri ini dan menyokong antara satu sama lain.

Telatah spontan pasangan ini ternyata menghiburkan ramai penonton. Lebih-lebih lagi apabila Elly sempat menyakat Cikgu Azlan di penghujung video, membuatkan rata-rata warganet begitu terhibur dan meninggalkan pelbagai komen positif di ruangan komen.
Tonton video di bawah ni :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Masuk je Cikgu Azlan, terus berdekah. Nasib tak tersembur roti tu, haha.. Ada orang Tanya eak.. Baru org Tu nk tanya da kne suap.. “
“Suara background tu menekan2 eh kak lina.. Masuk pula cik suami, makin menjadi2, hahaa.. Kelakar betul tengok.. “
” Sekali papa pun kena berlakon, hahaha.. Nasib lah papa.. Nampak sedap lah daging salai tu.. Semoga terus maju jaya Kak Lina.. “
” Memang “ Bahu Jalan” boleh nampak pakaian bergantung gantungan di ampaian ke kak kepommm, hahaha sorry tanya.. “
” Giler btl marketing ni. Org nk tanya kita terus suap, hehehe boleh cuba buat macam ni sesiapa yang mula nk berniaga.. “
” Mampu menyekikkkk..Hahahaha.. Pastu gaya cakap kuantan kuantan kuantan dah konduktor bas.. Ada je kelakor kak Lina, pompompom ni laaaa.. “
” Dieni kenapa sebenarnya… Pecah perut tawwww kita kat masjid ni wakkk tgk awakk pun kecot peyut kita.. Btw tahniah kak lina, dah ada produk sendiri.. “
Apa-apa pun, perkongsian ini bukan sahaja berjaya menarik perhatian terhadap produk yang dipasarkan, malah turut memperlihatkan sisi harmoni dan kebahagiaan rumahtangga Elly dan Cikgu Azlan. Apa-apa pun, semoga Elly terus maju jaya dalam setiap bidang yang diceburinya serta sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti6 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Amboi, awak jangan bikin panas eh. Masa tu tengah suka siapa.. ” – Awal Ashaari
-
Artis / Selebriti5 days ago” Tone suara Uwais rare, takde sama dengan mana-mana penyanyi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sumpah time ni terbahak ketawa. Dengan muka blur tu, lawak lah Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pergh macho la suara Amad sekarang. Macam suara Mamat Exist.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Walaupun anak Mama yang seorang ni nakal sikit dan suka perli Mama, tetap anak paling disayangi kan ? ” – YB Syed Saddiq

