Artis / Selebriti
” Tiara buat comel, bapak dia buat memang macam nak mintak kaki je.. ” – Achey
Video Achey Bocey dan anaknya, Tiara Zinnirah membuat video trend keychain undang tawa warganet. Part Tiara memang comel sangat. Bila turn Achey tu kelakar pulak jadinya, haha..
Video Achey sekeluarga ketika mempromosikan butik pakaian terkenal, Jakel, sering menjadi perhatian ramai dan berjaya menghiburkan para penonton. Setiap perkongsian yang dimuatnaik bukan sahaja menampilkan promosi produk, malah turut diselitkan dengan elemen hiburan yang membuatkan warganet tidak jemu menontonnya.
Terbaharu, meninjau di akaun Instagram milik Achey, telah dimuatnaik sebuah video yang memaparkan Achey dan Tiara cuba menghasilkan video mengikut trend keychain yang kini sedang tular. Video tersebut berjaya menarik perhatian warganet sejurus ia dimuatnaik.
Menerusi video berkenaan, Tiara dilihat mencuba trend tersebut terlebih dahulu. Gelagatnya yang polos dan penuh spontan mencuit hati ramai. Ada yang memuji keberaniannya tampil di hadapan kamera dengan penuh keyakinan.

Selepas itu, giliran Achey pula mencuba untuk menjadi ‘keychain’. Aksi dan gaya selamba Achey mengundang tawa yang menonton, ditambah pula dengan ekspresi wajahnya yang menceriakan suasana dan membuatkan ramai tidak kering gusi ketawa.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya memberikan emoji ketawa dan pelbagai respon setelah menonton perkongsian video oleh Achey ini. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Ahahahahah ok ni tak pernah tak lawak ya.. Tiara lagi pro dr ayah.. Banyak2 trend ni,Tiara juara.. Comel sangat tengok.. “
” Tiara kenapa comel sangat, dari awal sampai habis awak juara paling comel.. Suka betul tengok video family ni. hehe.. “
Kehadiran Tiara menerusi video-video tersebut turut menjadi daya tarikan utama. Telatah comel Tiara sering mencuri perhatian dan membuatkan ramai berasa teruja, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi positif daripada para peminat semua.

Apa-apa pun, perkongsian ini turut memperlihatkan keakraban dan kebahagiaan Achey bersama keluarga tersayang. Momen-momen manis sebegini ternyata memberi keceriaan buat penonton dan menjadi bukti bahawa kebahagiaan keluarga mampu dikongsi serta dirasai bersama.

Silakan SHARE..
Sumber :IG acheykintangkintung
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti1 day ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti2 days ago” Bukan tak tahu lah, mungkin orang dah perasan, saya ni bila.. ” – Datuk Yusry
-
Keluarga5 days ago” Allah tak bagi saya gila, Allah bagi saya hampir nak.. ” – Pemanggil
-
Artis / Selebriti2 days ago” Pergh dah dapat tone suara mak dia. Pejam mata weh, meremang. Aura Sarah kuat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti23 hours ago” Shuib sampai cakap selama dia kenal Watie, dia tak pernah tengok diri Watie macam ni.. ” – Watie Hanifiah

