Artis / Selebriti
” Dia ingat dia Abang Jamil ke nak ajak kita gi Bazar Ramadhan.. ” – Elly Mazlein
Video respon Elly Mazlein apabila Achey Bocey mengajaknya keluar buat ramai terhibur. Macam tu je Eloi reject Achey yer. Yang last tu kelakar bila Achey dah malas layan, Eloi pula nak keluar, haha..
Sebut sahaja nama Elly Mazlein, pasti ramai yang cukup mengenali figura yang terkenal dengan sikap ceria dan telatahnya yang bersahaja. Elly sememangnya dikenali sebagai seorang selebriti yang kelakar dan tidak pernah gagal mencuit hati peminat.
Terbaru, menerusi akaun Instagram miliknya, Elly telah memuat naik sebuah video bagi mempromosikan butik terkenal, Jakel. Menerusi video tersebut, Elly tidak keseorangan apabila bergandingan bersama pelawak popular, Achey Bocey. Pada permulaan video, suasana seolah-olah dramatik apabila kedengaran suara Elly seperti sedang menangis.
Achey kemudiannya tampil memujuk Elly dengan memanggilnya dengan nama “Eloi”, satu panggilan yang mencuit hati. Achey turut mengajak Elly untuk berbuka puasa bersama, namun ajakan tersebut ditolak mentah-mentah. Walaupun sudah beberapa kali dipujuk dan diajak, Elly tetap dengan pendiriannya, membuatkan situasi tersebut bertambah lucu dengan reaksi spontan kedua-duanya.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Elly berseloroh mengatakan Achey beranggapan dirinya seperti Abang Jamil yang boleh sesuka hati mengajaknya keluar. Malah, Elly turut meluahkan rasa merajuknya terhadap Abang Jamil yang dilakonkan oleh Que Haidar, menjadikan keseluruhan video itu lebih dramatik tetapi dalam versi komedi.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur dan pelbagai kata usikan telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Hahahahah aku la penat gelak je dengan eloi ni.. Dia nangis bunyi lagu pawana dri search hahahaha.. “
” Mau sampai habis ramadhan eloi nangis tak dpt g bazar.. Jakel, tlg kekalkan iloi utk thn dpn pls. Terbaikkkkk la iloiiii.. “
” Nurrrrr eloi eloi eloi eloi hahahaha.. Tangisannya berirama ye.. Last2 mahu juga keluar, tapi dah terlambat, haha.. “
” Loyy nangis pn sedap, ketawa pn sedap.. Muka cantik plus kelolo.. Love you lah Eloiiii.. Tak pernah tak best tau.. “
” Eloii ooo eloiii peribahasa kata nangis x berlagu tauuu ni apasal nangis berlagu berirama berentak bagai niiii salah ni salahhhhh.. “
” Memilih eekk eloi . Talk to my manager.. Bukan main ko punya belagak ekk.. Dah tak nak beribu alasan kau bagi, haha.. “
” Bukan main lagi dia miming lagu pawana yer hahahahahahha eloiii memilih.. Sakit perut la gelak… Hish.. “
Apa-apa pun, video tersebut hanyalah sekadar lakonan santai dan strategi promosi yang berjaya mencuri perhatian ramai. Gabungan Elly dan Achey ternyata menjadi, malah ramai peminat terhibur dengan gandingan mereka yang sememangnya ‘masuk air’. Tidak hairanlah setiap kali Elly tampil dengan idea kreatif sebegini, pasti ia akan menjadi perbualan hangat di media sosial.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti21 hours ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti6 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti6 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mr E bagi great huge hint pada Erra tu. Time ni le dia buat muka dengan ayat kesian dia, haha.. ” – Komen Netizen

