Artis / Selebriti
” Nangis dengar ucapan Didi untuk Bella. Betapa Didi risau hidup Kak Long dia.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah menangis ketika bersalaman dengan adiknya, Didi Astillah setelah selesai sesi ijab dan qabul buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar kata-kata Didi untuk Bella..
Didi Astillah telah pun selamat bergelar isteri kepada Dinie Ng dengan hanya sekali lafaz. Perkahwinan Didi ini mendapat liputan pihak media dan juga warganet. Selepas selesai upacara ijab qabul, Didi bersalaman bersama ayah, mama dan kakaknya, Bella Astillah.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Media Hiburan Official, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika sesi bersalaman itu berlangsung. Baik Didi mahupun ayah, mama dan Bella, tidak dapat menahan air mata mereka ketika itu.
Didi mengucapkan ucapan terima kasihnya kepada ayah dan mama sambil diiringi air mata. Suasana menjadi lebih sebak ketika Didi bersalaman dengan Bella. Ucapan yang Didi tuturkan kepada Bella pada waktu itu meruntun hati warganet yang menontonnya.

Didi antara insan yang paling akrab dan memahami segala derita dan bahagia Bella. Sejak dari kecil mereka berkongsi rahsia dan Didi yang selalu ada di samping Bella ketika suka dan dukanya. Didi sangat mengharap agar Bella akan bahagia tanpa ada lagi duka yang perlu ditanggung.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun merekodkan lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan adalah :
” Adeii nangis lak dengar wish didi utk bella.. adik pon nak kaklong bahagia macam adik jugak.. “
” Adik harap kak long akan bahagia mcm adik..dgr ayat tu..omg menitik air mata sy…sy doakan allah satukan bellaastillah dan yb syedsaddiq … 30 jun ni bebas kes mahkamah..amin..amin amin.. ”
” Kenapa ajak saya join cry jugak.. Didi mmg adik tp dia sgt protective pada kakak dan anak buah dia. Bella Didi mcm best friend. I just pray urusan nikah bella pun akan dipermudahkan tanpa halangan.. “
” Aku pulk yg berjurai air mata bab ank3 ni kn seorg ibu yg boleh memahami persaan Allah je yg thu.. “
” Kenapa awk bagi saya nangis.. sebak sampai sini. betapa didi pun risaukan hidup kak long dia dan nak k long bahagia selamanya.. “
” Bonding adik n kakak yg plg dekat di hati sy, semoga ikatan kasih syg Didi & Bella sentiasa utuh hingga ke hujung nyawa.. “
” Ehhh kenapa la kami pun join nangisss.. aku xboleh lah dengar ayat didi untuk bella tu. didi yang paling tahu sedih gembira bella selama ni.. moga bahagia milik bella.. “
Ucapan Didi yang mampu meruntun hati sesiapa jua yang mendengarnya. Kasihnya seorang adik terhadap kak Longnya dan mengharapkan agar kakaknya ini juga berbahagia selepas ini. Semoga yang baik-baik sahaja untuk Bella dan doa Didi akan dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti3 days ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedih sangat part dia minta maaf tu, memang nangis aku. Lembutnya Hussain ni.. ” – Komen Netizen

