Artis / Selebriti
” 1st time tengok Jack nangis. Sedih yang tak terungkap dengan kata-kata.. ” – Komen Netizen
Video reaksi pembantu peribadi YB Syed Saddiq, Amir Jack yang menangis ketika mendengar keputusan rayuan mahkamah YB Saddiq buat ramai tersentuh. Jatuh juga air mata jantan Jack. Touching betul..
Sebentar tadi, keputusan mahkamah bagi kes sabitan dan hukuman terhadap empat pertuduhan bersubahat melakukan pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA).
Keputusan majoriti dibuat oleh 3 panel hakim iaitu Datuk Seri Abu Bakar Jais, Datuk Che Mohd Ruzima Ghazali dan Datuk Collin Lawrence Sequerah. Hasil keputusannya, YB Saddiq kekal bebas dari semua pertuduhan tersebut dengan majoriti 2-1.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Team Saddiq, telah dikongsikan satu video yang memaparkan reaksi pembantu peribadi YB Saddiq iaitu Amir Jack ketika keputusan diperdengarkan. Jack kelihatan tidak dapat menahan air matanya dan menangis kesyukuran kerana YB Saddiq akhirnya bebas sepenuhnya.

Jack adalah insan yang selalu ada di sisi YB Saddiq dalam susah dan senangnya. Apa sahaja yang terjadi, Jack tidak pernah meninggalkan YB Saddiq merangkap sahabat akrabnya itu. Jack umpama tulang belakang dan sayap YB Saddiq dalam perjuangannya ini yang sudah 6 tahun lamanya.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih perhatian daripada warganet sejak ianya dikongsikan. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Alhamdulillah terima kasih ya Allah.. Kami pun nangis Jack.. Allah Maha baik.. tq jack sentiasa setia disisi YBSS.. “
” Alhamdullilah syukur . Sahabat mane xsedih bila sama2 hadap kes nie dh 6thn..ssh senang bersama . Akhiryer dibebaskan..jack mesti faham berat tanggungan yg yb hadap.. “
” Alhamdulillah syukur Ya Allah.. Jackkkkk….aunty pun nangis sama.. yang benar pasti akan menang.. ybss dah bebas.. “
” Awww jack awk tak menangis sorang kmi yg kat negeri lain pun nangis ni.. Alhamdulillah.. terima kasih ya Allah.. jack sentiasa dgn ss jatuh bangun.. sedih yg tak terungkap dgn kata kata.. “
” Jack sgt setia dgn ybss. kawan sejati.. Allahuakbar alhamdulillahhh. faham sangat perasaan jack tu. rasa puas sebab perjuangan selama ni berhasil.. “
” Kami pun nangis Jack. Tahniah jadi sayap saddiq dunia akhirat. Alhamdulillah syukur ya Allah.. menangis kesyukuran.. “
” 1st time tgk jack nangis. teman sejati yang selalu ada di sisi yb saddiq dalam susah dan senang.. kami saksi segala pengorbanan jack untuk yb saddiq.. terima kasih jack kerana jadi orang yang baik.. “
Hati sahabat mana yang tidak sedih apabila segala fitnah yang dilemparkan kepada sahabat baiknya akhirnya terbukti tidak benar. Terima kasih Jack kerana menjadi seorang sahabat dan peneman YB Saddiq yang setia dan tidak pernah berganjak walaupun banyak tekanan yang diberikan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Team Saddiq, Portal Sinar Plus
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Suara Thalita memang best nyanyi lagu English. Dah macam suara ibu betul.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jika ada manusia yang memfitnah, mencaci, merendahkan atau menzalimi kami tanpa kebenaran.. ” – Norman Hakim
-
Artis / Selebriti5 days ago” Fuhh, part tarik tu memang padu habis. Ni bakal Raja Pop nanti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ya Allah, banyaknya soalan normal ke czer ni. Kenapa ? ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Salute abang Norman, dia perbaiki kesilapan dia. Best ayah dan anak rapat macam ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby nak bukak pun susah mummy. Baby bukak sampai tenaga baby hilang mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Risau terpelanting kepala tu Kak Lina oiii. Aku pulak yang mengah tengok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ara, kenapa comel sangat ni. Siap tanya kenal tak saya, alahai Ara tempoyot.. ” – Komen Netizen

