Connect with us

Artis / Selebriti

” YB dah stress, dah tepuk dada. Sekali YB pun terkena prank Didi, haha.. ” – Komen Netizen

Video Didi Astillah bertengkar dengan seorang pelayan restoran curi perhatian warganet. Fuh real betul lakonan Didi, sampai tertipu Mama dibuatnya. Tak pernah tengok Mama marah sampai macam tu. Tak pasal-pasal YB Saddiq kena prank sekali. Lawak lah reaksi YB, haha..

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Lobak Merah, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan suasana di sebuah restoran ketika Didi Astillah dan Bella Astillah bersama ahli keluarga dan sahabat handai mereka menyambut ulangtahun kelahiran mama mereka, Eina Astillah.

Ketika semua sedang duduk untuk menikmati makanan yang dipesan, terjadi satu insiden yang membuatkan suasana menjadi tegang antara Didi dan salah seorang pelayan di situ. Jarang untuk melihat Didi mengamuk dan naik angin seperti ini.

Didi marah gara-gara pelayan itu tidak membawakan air yang dipesannya. Pertelingkahan mulut menjadi semakin hangat apabila pelayan itu juga meninggikan suaranya. YB Syed Saddiq yang berada di sebelah pelayan itu kelihatan sedikit panik apabila Didi dan pelayan tersebut seperti ingin bergaduh.

Rupa-rupanya itu hanya lah prank untuk mengenakan Mama. Didi pantas memeluk Mama selepas mengatakan itu hanya lah prank. YB Saddiq juga terpinga-pinga sambil mengurut dada. Siapa yang tidak cuak melihat gaya Didi berperang mulut, memang terbaik lakonannya itu.

Jom tonton video di bawah :

@lobakmerahmy

Tular video di media sosial memaparkan pelakon dan penyanyi Didi Astillah dilihat sedang mengamuk terhadap seorang pekerja restoran, semalam. Difahamkan, keluarga Didi bersama kenalan rapat mereka sedang menikmati majlis makan malam di sebuah restoran. Namun, suasana tenang bertukar tegang apabila Didi secara tiba-tiba meluahkan rasa marah terhadap seorang pekerja restoran itu gara-gara pesanannya untuk segelas jus tembikai tidak diterima. Situasi menjadi semakin kecoh apabila mereka mula bertegang urat. Namun, cuba dileraikan Ahli Parlimen Muar yang juga tunang Bella Astillah iaitu Syed Saddiq sementara Didi pula dilihat ditegur dan ditenangkan ibunya, Siti Zarina.

♬ original sound – LOBAK MERAH – LOBAK MERAH

Ribuan tanda suka telah pun direkodkan untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan adalah :

” Panik jap YB ha haaaaaa tapi bagus cara YB handle. mama didi pun bagus handle bila anak tgh marah.. “

” Siapa lh punya idea…. lain macam pranknya.. mama dan YB Syed sekali kena prank. pandai adik writer TU belakon.. “

” YB tak tahu itu prank sbb masa rehearsals YB takde.. kita pun Ghisau dah bergaduh pulak dpn YB.. “

” Hebat lakonan didi.. sikit mama cepuk. baru nmpk betul mam bila marah haha.. Last tu mmg nmpk yb stress.. “

” Dari situ kita boleh nampak adab & keperibadian YB SS tinggi hasil didikan ibu bapanya, DIdi bab lakonan, memang menjadi, Mama Eina bagus anak dulu di marahnya, Semoga Mama Eina diberikan kesihatan yg sihat sentiasa, murah rezeki, panjang umur, bahagia selalu.Ya Allah Ya Mujib.. “

” YB pun kena prank.. bagus mama, dia marah anak dia dulu.. didi bab bab prank bergaduh mmg perform.. “

” YB dah stress….dah tepuk dada.. waiter tu pelakon jgk.. pernah belakon ngan nabila huda.. dia bkn waiter sbnr.. yb pun terkena prank didi haha.. “

Didi memang hebat berlakon sehinggakan bakal abang ipar dan mama pun tidak menyangka itu adalah prank semata-mata. Apa-apa pun, selamat ulangtahun kelahiran diucapkan kepada Mama Bella dan Didi daripada kami di Berita Kopak dan semoga segala impian Mama dimakbulkan Allah.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Lobak Merah, TT Jomexpose, TT wawa_adilainie11

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Maybelline

Trending

Copyright © Berita Kopak