Connect with us

Artis / Selebriti

” Bila saya sedih, Mama pun sedih. Bila orang kecam saya.. ” – Bella Astillah

Perkongsian Bella Astillah sempena hari lahir mamanya, Eina Astillah buat ramai tersentuh. Sebaknya dengar Bella menangis sambil bercerita mengenai pengorbanan Mama Eina dan ketakutannya yang paling besar..

Meninjau di akaun Instagram milik penyanyi dan pelakon, Bella Astillah, telah dikongsikan sebuah video istimewa yang memaparkan momen-momen indah bersama ibunya, Eina Astillah. Video tersebut dimuatnaik bersempena hari lahir insan tersayang yang banyak berjasa dalam kehidupannya.

Selain berkongsi kenangan manis, Bella turut menitipkan ucapan penuh kasih sayang buat mamanya yang sentiasa menjadi sumber kekuatan buat dirinya. Menerusi video itu, pelbagai rakaman kenangan bersama dipaparkan, menggambarkan hubungan yang sangat rapat antara Bella dan ibunya.

Bella juga meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan seorang ibu yang sentiasa berada di sisinya dalam apa jua keadaan. Menurut Bella, mamanya tidak pernah gagal memberikan sokongan dan semangat ketika dirinya berdepan pelbagai cabaran hidup, sama ada saat gembira mahupun ketika diuji dengan kesukaran.

Lebih menyentuh hati, Bella mengakui dengan nada penuh emosi bahawa dia tidak mampu membalas segala jasa, pengorbanan dan kasih sayang yang telah dicurahkan oleh mamanya selama ini. Luahan ikhlas itu membuatkan ramai tersentuh, apatah lagi apabila melihat betapa besarnya penghargaan Bella terhadap insan yang telah membesarkannya dengan penuh kasih sayang.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Bella dan dalam masa yang sama, warganet juga turut memberikan ucapan selamat hari lahir buat mama Bella. Antara komen-komen menarik adalah :

” Bella potong bawang, selamat ulang tahun kelahiran buat Mama Eina, semoga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki dan sentiasa diberikan kesihatan yang baik selalu.. “

” Semoga segala doa dari Bella utk Mama Allah makbulkan. Semoga sentiasa dlm lindungan dan rahmatNya Mama. Amin YRA.. ‘

” Amin, Amin semoga makbul doa Bella dan kami semua buat mama Bella Selamat Hari Lahir Mama. We Love you Mama.. “

” Happy Birthday mama, seen it myself of how much love & compassion she has not just for her family but everyone around her loved ones, much much blessings & love.. “

” Selamat ulang tahun mama Eina Astillah , semoga mama dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan keberkatan yang tidak putus-putus dan sentiasa dalam rahmatNya, amin.. “

”  Selamat ulang tahun mama, semoga mama dikurniakan kesihatan yang baik, kebahagiaan, dan keberkatan yang tidak putus-putus dan sentiasa dalam rahmatNya, amin.. “

” Walaupun mama bukan mama Kamii…Kami nak cakaP, ucap jugak kat mama.. HAPPY BIRTHDAY MAA.. Anggap sajalah Kami anak online mama ekk.. Tq Dah Jaga Bella sebaiknya selepass kak bella menempuh dukalaranya maa.. Moga mama sehat2 laa selalu.. “

Warganet juga turut mendoakan agar mama Bella sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik dan kebahagiaan bersama keluarga tercinta. Tidak kurang juga yang mengakui turut berasa sebak dengan luahan Bella, malah memuji hubungan erat antara ibu dan anak yang disifatkan sangat menyentuh hati.

Silakan SHARE..

Sumber : IG bellaastillah

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

CeraVe

Trending

Copyright © Berita Kopak