Artis / Selebriti
” Mak saya minat hindustan time tu. Lepas tu dia namakan adik saya Rahul.. ” – Azeva Natassha
Azeva Natassha kongsi gambar adik lelakinya, Rahul raih perhatian warganet. Ramai yang ingatkan Azeva anak bongsu, rupa-rupanya ada adik lagi. Handsomenya Rahul, gambar masa kecil pun comel. Yang uniknya, Rahul pun panggil Azeva dengan panggil ‘adik’..
Nama Azeva Natassha semakin dikenali ramai sejak menyertai program realiti Talk To My Manager musim kedua. Anak kepada Dato’ A. Aida ini telah mencuri perhatian warganet apabila berkongsi kenangan manis bersama adik lelakinya, Rahul dalam satu sesi siaran langsung di TikTok baru-baru ini.
Menerusi sesi live tersebut, Azeva menunjukkan beberapa gambar Rahul dan ketika Rahul masih kecil. Untuk info, Rahul merupakan anak kepada Dato’ A. Aida hasil perkahwinan yang berbeza. Ini menjadikan mereka adik-beradik berlainan bapa. Hubungan mereka dilihat sangat rapat dan penuh kasih sayang.
Menerusi perkongsian yang sama, Azeva turut mendedahkan kisah di sebalik nama adiknya itu. Katanya, nama “Rahul” dipilih kerana ibunya, Dato’ A. Aida merupakan peminat filem Hindustan. Nama tersebut sememangnya cukup popular dalam dunia hiburan Bollywood dan dan sering digunakan sebagai nama hero filem Hindustan.

Ketika berkongsi semula gambar lama adiknya itu, Azeva tidak dapat menyembunyikan rasa geram melihat wajah Rahul yang comel sewaktu kecil. Malah, Azeva mengakui sangat merindui zaman kanak-kanak adiknya yang disifatkan begitu manja.
Jom tonton video di bawah :
@lelayusub @Azeva #azeva #talktomymanager #fyp #foryoupage
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka adalah :
” Rahul pun panggil adik kt awak ye….. Muka Rahul & Aleesa mirip.. lawak pula kajol ni.. comel la tgk gelagat Azeva.. kuch kuch hota hi…beh.. “
” Kajol versi azeva.. sapa rahul ni anak a aida dengan suami kedua atau ketiga nak tahu jugak.. rhul ngan ammar ada kaitan ke.. “
” Jika jodoh A-A panjang mgkn dpt ank lelaki 2 org .tp takdir Allah tiada siapa tahu…moga baik2 shja utk kedua keluarga A-A.. “
” Aslam mualaikum selamat malam semua sahabat, kuch kuch hota hi….sy panggil awk kajol lh.. Hihi kajol.. Comel.. “
Azeva secara berseloroh mengatakan bahawa Rahul kini sudah meningkat dewasa dan tidak lagi “comel” seperti dahulu. Kenyataan itu diungkapkan dalam nada bergurau sehingga mengundang gelak tawa penonton di ruangan komen.

Walaupun hanya sekadar gurauan antara adik-beradik, perkongsian tersebut jelas memperlihatkan kasih sayang dan kerinduan Azeva terhadap memori zaman kanak-kanak bersama Rahul. Ramai netizen turut terhibur melihat gelagat Azeva yang begitu teruja berkongsi foto adiknya serta mengenang kembali detik-detik indah ketika mereka membesar bersama.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Lela Yusub
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago” Beliau mengalami beberapa kecederaan akibat.. “- Pengarah Hospital Tapah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Bila dia jatuh, dia tengok macam pintu gerbang. Dia cakap pintu gerbang ni ada 3 lorong.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti7 days ago” Uwais memiliki suara ibunya tetapi versi lelaki. Tone suara dia meremang dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Masuk air betul Kepom ni, geram pula kita tengok. Penat tau gelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita layan dia makan Mee Cintan 2 peket, kopi 3 cawan, lepas tu.. ” – Tok Batin
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cantiknya anak Tok Adi, hidung terletak elok.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti24 hours ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Tak sangka Que boleh nyanyi sesedap ini. Suara dia ada vibes tersendiri yang tak ada kat penyanyi lain.. ” – Komen Netizen

